PANAS D' AWAL PAGI...???

Selasa,23 Jun 2009 - Alhamdulillah kami selesai solat subuh berjemaah di surau.Slot tazkirah mengambil tempat bagi mengisi masa selepas subuh di samping mengelakkan peserta tidur.hehe.InsyaAllah ada keberkatannya disitu.Kemudian pada jam 7.30 pagi anak tekak dibasahkan dengan secawan "syai sadah" dan roti "simsim".Beralas jugak perut ni walaupun ringkas.hihi.Apa aktiviti selanjutnya???Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi.Kelihatan ruang musolla agak lengang,cuma yang kelihatan beberapa orang termasuk moderator program yang begitu bersemangat sekali bagi slot "Ilmiah Cafe" di bawah tajuk "Peranan Azhari".Setelah kami dikejut berulang kali,akhirnya jumlah kehadiran bertambah.Slot pon bermula dan saudara Khoir selaku pengerusi majlis memulakan program.Suasana hening pagi semakin ceria dan bertukar menjadi rancak dengan isi-isi menarik yang diutarakan oleh saudara Azlan Raihan selaku moderator .Idea kami turut berkembang dengan lontaran isi yang menarik dan ulasan serta kupasan yang kemas dan teratur oleh saudara Danial Farhan.Mujurlah ade die..hehe.Peserta juga tak kurang hebatnya.Masing-masing memberi "taklik" mengikut kefahaman dan idea yang terkumpul sepanjang perbincangan berlangsung.Yang membuatkan kami lebih bersemangat apabila pegawai RNSK juga turut hadir memeriahkan lagi serta mendatangkan idea-idea yang lebih bernas.Ayah juga telah mencagangkan agar Ilmiah Cafe selepas ini dapat di adakan lagi tetapi dengan memanggil pelajar-pelajar dari lebih banyak negeri lagi.Di akhir program,kami mendapat kata sepakat dengan apa yang dibincangkan.best nye..hihi.Ikuti lagi selanjutnya..

Comments

Popular posts from this blog

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) SESI 2016/2017

[ZIARAH MAHABBAH ]