Posts

Showing posts from August, 2016

Suci Yang Najis : Kewajipan Bagi Hati

Image
Telah berkata seorang Sufi tatkala melihat seekor anjing :

"engkau najis tetapi hatimu suci dan aku suci tetapi hatiku najis".

Tatkala hatimu melakukan dosa , siapa yang tahu melainkan Allah. Dirimu diamanahkan dengan seketul daging bernama hati. Ianya kecil pada saiz tetapi besar pada amanah.

Hati itu jika dijaga , disemai dan dibajai dengan benih zikrullah , tumbuhlah ia dengan baik , segar dan subur kerana jauhnya ia dari kesibukkan dunia yang menipu.

Tetapi jika ianya dicemari , dikotori dan diisi dengan najis maksiat , rosaklah ia , busuk sehingga tidak terhinggap dek lalat apatah lagi ulat.

Jikalau Allah menzahirkan rosaknya hatimu , sudah tentu baunya tidak tertanggung oleh hidungmu , apalagi orang di sekelilingmu.

Hati ini wajib dijaga , ianya mahkota pemerintah pada sebuah kerajaan. Kerajaanmu yang kecil itu akan dipertangungjawabkan di akhirat nanti. Setiap negeri akan mengadu domba pada Penciptanya. Lidahmu , telingamu , matamu , tanganmu , kakimu bahkan kemaluanmu. Da…