Posts

Showing posts from January, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Image
Isnin, 13 Januari 2014 : Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah menganjurkan satu majlis khas untuk meraikan Encik Kamal Amran Kamarudin, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Beliau hadir bersama isteri, Ustaz Omar Mukhtar bin Md Yunos (Pegawai Hal Ehwal Islam MAINS), dan En Ainul Amriz bin Ismail (Ketua Biro Utusan Malaysia Negeri Sembilan). Setiausaha MAINS bersama Pegawai Khas Kebajikan Timur Tengah Beliau dijadualkan untuk menghadiri Muktamar Islamiah di Afrika Selatan bersama mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengambil peluang untuk melawat Rumah Negeri Sembilan Kaherah selama 3 hari. Beliau juga telah berjumpa dengan TYT Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Pengarah Education Malaysia Egypt untuk membincangkan hal-hal akademik dan kebajikan para pelajar Negeri Sembilan. bersama TYT Duta Besar Malaysia Bertepatan dengan Hari Keputeraan Rasulullah pada hari ini, pihak MTP