Posts

Showing posts from 2015

Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016

Image
Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016 7-10 Oktober 2015 - Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan MTPANSM telah menganjurkan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah, bermotivasi, berdaya saing dan bertanggungjawab dengan mengadakan slot-slot motivasi dan sebagainya . Selain itu, program ini juga betujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan  dan suasana hidup di bumi Mesir supaya mahasiswa/wi baharu bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di ardul kinanah ini. Seterusnya, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhwah antara pelajar baharu dengan  pelajar-pelajar lama khususnya pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. 7 Oktober 2015, Rabu. Seramai 8 orang pelajar tajaan MAINS telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah yang terdiri daripada 7 orang

GRAND TANZEEF 2

Image
LAPORAN GRAND TANZEEF 2 RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH 27 Mac 2015, Jumaat – Exco Perumahan, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan mengadakan satu program yang dinamakan Grand Tanzeef. Program ini diadakan secara berkala. Ianya bertujuan membersihkan halaman Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Selain itu, para mahasiswa dan mahasiswi Negeri Sembilan dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina. Program ini bermula dengan ketibaan mahasiswa mahasiswi di dataran rumah negeri pada pukul 7.30 pagi. Setelah itu, ianya dibuka dengan bacaan doa yang dialunkan oleh saudara Muhammad Zaid bin Shamsul Kamar. Kemudian, program diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Abdul Hamid bin Jaman, Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan Timur Tengah. Beliau membuka ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Selain itu, beliau juga menceritan kelebihan menjaga kebersih

PROGRAM TUKAR SELEGHO

Image
            LAPORAN PROGRAM TUKAR SELEGHO        Pada 12 Mac 2015 yang lalu, Exco Perumahan RNSK telah menganjurkan program "Tukar Selegho" diantara kampung-kampung yang terdapat dalam Rumah Negeri Sembilan Kaherah ini. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama kampung disamping mencungkil bakat-bakat memasak yang terpendam dalam diri ahli-ahli dari setiap kampung.        Pertukaran juadah ini dilakukan secara undi. Ketua kampung akan mencabut undi untuk mengetahui kampung yang akan ditukar juadahnya. Setiap kampung dikehendaki menyiapkan apa-apa juadah yang bernilai LE 50, dan pertukaran dilakukan pada jam 5.00 ptg. Antara kampung-kampung tukar juadah  ialah: Kg Ulu Sepri /Kg Jiboi →Kg Kendong Kg Kendong→ Kg LBJ Kg Sri Pilah→Kg Lonek Kg Serting→Kg Sri Asahan Kg LBJ →Kg Ibol Kg Sri Asahan→Kg Pelangai Kg Ibol→Kg Ulu Sepri/Kg Jiboi Kg Lonek→Lg Londah Kg Kurnia Diraja→Kg Serting Kg Londah→Kg Sri Pilah Kg Pelangai→Kg Kurnia Diraja

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

Image
LAPORAN KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK) 16 Februari 2015, Isnin – Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menghantar satu rombongan delegasi mereka bagi mengadakan pertemuan bersama anak-anak Negeri Sembilan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK). Rombongan delegasi yang  diwakili oleh 3 orang jawatan kuasa iaitu Ustaz Muhammad Yusri bin Mazlan, Penolong Mufti Bahagian Aqidah, Ustaz Shuhadak bin Mahmud, Pengerusi Lembaga Masjid Negeri Sembilan dan turut serta, Ustaz Khairul Amal bin Zulkifli, Imam Masjid Hussein, Seremban 2 yang diberi amanah sebagai pegawai pengiring. Sebelum itu, mereka telah pun mengadakan pertemuan bersama anak-anak Negeri Sembilan di Maghribi. Objektif kunjungan rasmi ini adalah tidak lain hanyalah bertujuan untuk mengadakan pertemuan ramah mesra dan perkongsian pengalaman dan ilmu bersama anak-anak Negeri Sembilan di Mesir memandangkan mereka sendiri adalah bekas penuntut di Mesir suatu keti

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & YAYASAN SOFA KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

Image
LAPORAN KUNJUNGAN RASMI DELEGASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & YAYASAN SOFA KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK) 08 Februari 2015, Ahad – Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Yayasan Sofa selama 3 hari 2 malam. Pihak delegasi tersebut diwakili oleh Ustaz Omar Mukhtar bin Yunus, Setiausaha Jabatan Aqidah dan Dakwah MAINS, Ustaz Solahuddin bin Azraie, Pengarah Akademik Kolej Islam As-Sofa, dan Ustaz Sufi bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Kolej Islam As-Sofa. Kunjungan rasmi ini adalah rentetan daripada lawatan kerja mereka di Maghribi bagi penghantaran pelajar tajaan MAINS dan pertemuan rasmi bersama Kementerian Pengajian Tinggi di Maghribi. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengadakan pertemuan ramah mesra di antara pihak delegasi bersama anak-anak Negeri Sembilan di Mesir. Justeru, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan (MTPANSM) telah bersetuju untuk men

ZIARAH MAKAM

Image
LAPORAN ZIARAH MAKAM Pada hari Sabtu, 31 Januari 2015 yang lalu bersamaan 11 Rabi’ul Akhir 1436 Hijrah, Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/15 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan telah menganjurkan ziarah makam di sekitar Kaherah. Anak-anak  Negeri Sembilan Kaherah Mesir seramai 45 orang dan 4 buah tremco serta 1 tremco rombongan dari Malaysia telah menyertai program ini.                 Tujuan ziarah makam ini diadakan adalah untuk mengenali ulama’ dan auliyaa’ terdahulu serta menambahkan lagi rasa cinta terhadap mereka. Selain itu, program ini juga dapat saling mengeratkan silaturrahim antara ahli.                 Ziarah bermula pada jam 9 pagi dan dikondusikan oleh Saudara Hafiz bin Zainal Abidin, Kuliah Tahun 4, Lughah, Universiti Azhar. Sebanyak  10 makam utama telah diziarahi antaranya ialah Maqam Imam Muhammad bin Idris As-Syafie, Maqam Imam Ibnu ‘Athoillah Al-Askandariy, dan Maqam Sayyid Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari .                 Semasa zia

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM BERSEMPENA IMTIHAN

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM  BERSEMPENA IMTIHAN (BIAH SOLEHAH) Cairo, 25 Disember, Khamis – Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/2015 telah menganjurkan majlis  bacaan yaasin dan tazkirah umum bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Majlis bermula setelah selesai solat maghrib berjemaah bertempat di Dewan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.                 Majlis bacaan yasin dipimpin oleh Ustaz Izzat Qiwamuddin bin Huzaizi. Rintihan doa dipanjatkan agar diberikan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, juga semoga urusan imtihan berjalan dengan lanc a r dan mudah sehingga ke penghujumgnya. Di samping itu, majlis bacaan yasin ini juga bertujuan untuk mendoakan mangsa banjir di Malaysia agar mereka sentiasa kuat dalam diuji dengan cubaan yang berat ini.                 Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan kalam taujihat dari Ustazah Siti Aisyah binti Mazlan mengenai biah solehah. T azkirah ringkas ini memberi peringatan tentang ukhwah islamiah