Posts

Showing posts from September, 2010

Memilih Ilmu

Sebelum datang ke Mesir, kita didedahkan dengan bermacam-macam cerita tentang Mesir. Antara cerita yang paling menarik ialah bumi Mesir kaya dengan para ulama'. Ia adalah cerita yang benar. Hendak belajar dengan mana-mana ulama' di sini pun tak kisah dalam pelbagai bidang ilmu. Terlalu ramai. Sama ada di Masjid al-Azhar mahupun di halaqah-halaqah pengajian yang lain.

Sempena Sesi Pengajian Yang Baru

Sesi pengajian 2010/11 telah pun bermula secara rasmi. Tambahan lagi dalam tempoh sebegini, masih ada lagi negeri yang sibuk menyambut pelajar-pelajar baru yang datang untuk menyambung pengajian di sini. Esok dan 5 Oktober, adik-adik yang baru perlu menduduki Ujian Kelayakan Bahasa Arab (Imtihan Qabul). Namun begitu, bagi sahabat-sahabat senior, perjuangan perlu diteruskan lagi. Yang tahun satu telah pun naik ke tahun dua begitu juga seterusnya. Dalam masa yang sama, ada kalangan sahabat-sahabat yang telah pun berjaya menamatkan pengajian. Ada yang telah pulang dan ada lagi yang masih menunggu untuk menyertai konvokesyen. Semoga kejayaan mereka bergelar graduan akan mendorong adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain untuk terus memacu kejayaan.

Sedikit Perhatian

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh , Perhatian buat sahabat-sahabat yang masih bercuti di Malaysia, Sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia untuk bercuti dikehendaki pulang ke Mesir sebelum bermulanya sesi kuliah yang baru. Sesi kuliah 2010/11 telah pun bermula secara rasmi. Oleh itu, sekadar peringatan bersama, diingatkan kepada mereka yang masih lagi bercuti agar memendekkan cuti dan segera pulang ke Mesir. Ia juga merupakan peringatan yang pernah dikeluarkan oleh MAINS. Semoga sama-sama dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Harapan sempena kedatangan sesi yang baru ini membuahkan lagi azam dan semangat baru untuk terus berjuang menuntut ilmu di bumi yang penuh keberkatan ini. Salam kuliah! p/s: Walaupun raya di Malaysia sebulan penuh, tapi kena ingat juga yang raya di Mesir hanya tiga hari sahaja.. Danial Farhan bin Dolmat, Ketua Unit Pendidikan Majlis Tertinggi Pengurusan.

Sempena Konvokesyen

Assalamu'alaikum warahmatullah, Perhatian khusus buat sahabat-sahabat graduan/nita (termasuk tasfiah) 2010, anda boleh mengisi borang penyertaan konvokesyen secara online di laman web khas konvokesyen di sini . Sebarang maklumat akan diberitahu dari masa ke semasa. Sekian terima kasih. Yang berkhidmat, Unit Pendidikan MTP.

SEKILAS ATUR AMBANG SYAWAL

Image
27 RAMADHAN : SELEPAS ASAR     : TILAWAH AL-QURAN ANAK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JUZUK AZAN  MAGHRIB            -     BERBUKA SHUGRO -           SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH -           BERBUKA KUBRO AZAN ISYAK         -      SOLAT ISYAK BERJAMAAH -           SOLAT TARAWIH BERJAMAAH -           UCAPAN ALUAN PENGERUSI -           MAJLIS BACAAN BERMULA DARI SURAH ADH-DHUHA HINGGA SURAH AN-NAS -           BACAAN DOA DARI SYEIKH ASYRAF -           PENGIJAZAHAN SURAH AL-FATIHAH -           KALAM DARI SYEIKH

Pertandingan Lengkapkan Slogan

Image