Posts

Showing posts from March, 2016

CARTA ORGANISASI MTPANSM 2015/2016

Image
ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN  ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) SESI 2015/2016 CARTA ORGANISASI MTPANSM 2015/2016 PENASIHAT PEGAWAI KHAS KEBAJIKAN PELAJAR NEGERI SEMBILAN MESIR ABD. HAMID BIN JAMAN +20115033382 hamdaj51@yahoo.com.my   PENGERUSI MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAMLAN +201270231837/+60137498702 (Whatsapp) ibnuramlan@gmail.com TIMBALAN PENGERUSI MUHAMMAD FIKRI BIN KAMARUDIN +201146673659 fikri_ahmadian2912@yahoo.com SETIAUSAHA AGUNG YUSRI ASHRAF BIN NORIZAN +201224072089 yusrinorizan@gmail.com BENDAHARI AGUNG MUHAMMAD HAZIM AZFAR BIN JALALUDIN +201226780241/+60132716116 (Whatsapp) hazimazfar93@gmail.com KETUA HEWI SITI KHADIJAH BINTI AZMIN +201159647311 kayazmin93@gmail.com EXCO DAKWAH DAN TARBIAH IZZAT QIWAMUDDIN BIN HUZAIZI +201117708388/+60133312169 (Whatsapp) ijathuzaizi@yahoo.com TIMBALAN EXCO DAKWAH DAN TARBIAH ANIS SURAIYA BINTI RAMLI +201116691

LAPORAN PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MTPANSM 2015/2016

Image
LAPORAN PROGRAM ZIARAH MAHABBAH SESI 2015/2016 17 MAC 2016 - Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan (MTPANSM) di bawah unit Exco Kebajikan (EKEJ) telah mengadakan program ziarah mahabbah ke rumah pasangan-pasangan mutazawwijin dan juga ke rumah pelajar perubatan akhowat yang menetap di sekitar Hayyu Thamin dan Abbasiyah.                 Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai persaudaraan antara pelajar Negeri Sembilan yang berada di sekitar Kaherah.                 Program ziarah mahabbah ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama diketuai oleh saudara Yusri Ashraf Bin Norizan telah menziarahi pasangan mutazawwijin Ust Fakhrur Razi Bin Mohd Yunos dan Pn. Annimah Binti Abu Rijal yang menetap di Hayyu Thamin. Manakala kumpulan kedua yang diketuai oleh Muhammad Firdaus Bin Ramlan merangkap Pengerusi MTPANSM telah menziarahi Dr. Kamil dan pasangannya, Dr. Sheila Fatin serta menziarahi pelajar perubatan akhowat yang berada di

KEJATUHAN KHILAFAH & KEMUNCULAN ULAMA SEKULAR

Image
Seolah-olah telah dirancang rapi setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, muncul sebuah buku ‘agama’ yang ditulis oleh ‘agamawan’ yang terang-terangan menaja ajaran sekular. Buku yang berjudul ‘al-Islam Wa al-Hukmi’ (Islam & Asas Hukum) telah ditulis oleh Syeikh Ali Abdul Raziq yang merupakan antara tenaga pengajar di al-Azhar Kaherah. Beliau memulakan karier politik kepartian dengan menjadi Naib Ketua Parti Ummah di Mesir seawal tahun 1907 dibawah seliaan Lord Cromer yang merupakan pegawai besar British ke Mesir 1877-1907. Dari situ terlihat jelas hubungan Ali Abdul Raziq dengan British. Dr. Yusuf al-Qaradhawi membidas Ali Abdul Raziq dengan ungkapannya; “Penulis buku tersebut telah mendakwa satu dakwaan yang tidak pernah diungkap oleh sesiapa sepanjang sejarah Islam. Kononnya Islam merupakan agama, bukan Negara. Islam hanyalah risalah kerohanian semata-mata. Bahkan Muhammad SAW tidak diutuskan untuk membina Negara” Buku tersebut disanggah oleh Syeikh Muhammad

USTAZAH, APA YANG SAYA PERLU TAHU TENTANG FIQH?

Image
Pengertian fiqh :         Fiqh menurut bahasa ialah pemahaman yang mendalam. Daripada hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad ibn Hanbal, Tirmidzi dan Ibn Majah sebagai berikut من يريد الله خيرا يفقهه في الدين. “Jika Allah menginginkan suatu kebaikan begi seseorang, Dia akan memberikan suatu pemahaman keagamaan (yang mendalam) kepadanya.” Seterusnya pegertian fiqh menurut istilah terbahagi kepada dua.            Pertama, fiqh bermaksud pengetahuan mengenai hukum-hukum syari’at yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan mukallaf (mereka yang sudah terbebani menjalankan syari’at agama), yang diambil dalil-dalilnya yang bersifat terperinci .            Kedua, fiqh bermaksud hukum-hukum syari’at, iaitu hukum apa-apa sahaja yang terkandung dalam solat, zakat, puasa, haji dan lain-lain berupa syarat-syarat, rukun-rukun, kewajiban-kewajiban atau sunnah-sunnahnya. Pembahagian fiqh : Fiqh ibadat : Hukum yang berkaitan dengan ibadat kepada Allah seperti wudhu, solat, puasa, haji dan s

Laporan Majlis Ramah Mesra YB Khairy Jamaluddin ke Mesir

Image
LAPORAN UMUM MAJLIS RAMAH  MESRA YB KHAIRY JAMALUDDIN Tarikh: 4 Mac 2016 Anjuran: Ahli Jawatankuasa Tadbir, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir.     Bersempena Lawatan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamaluddin ke Mesir, beliau dengan rela hati melawat anak-anak Negeri Sembilan di bumi kinanah ini bagi melihat sendiri keadaan anak-anak Negeri Sembilan yang masih belajar disini.     Pertemuan yang ringkas ini diadakan di Dewan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dan disertai lebih dari 100 orang mahasiswa-mahasiswi Negeri Sembilan di bumi Mesir.     YB Khairy tiba di perkarangan RNSK pada pukul 10.30 am dengan menaiki kereta Mercedes S-Class yang disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Beliau bersama 6 orang delegasi disambut dengan alunan qasidah yang dimainkan sejurus beliau keluar dari kereta.     Tetamu kemudiannya menandatangani buku pelawat sebelum memasuki dewan bagi aktiviti ramah mesra be

KEMBARA SUFI

Image
KEMBARA SUFI…. (Jauh perjalanan, luas pemandangan)  قُل سِيرُوا فِي الاَرضِ ثُمَ انظُرُوا كَيفَ كانَ عَاقِبَةُ المُكَذِّبِينَ Katakanlah (muhammad) “jelajahilah bumi,kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu”. Surah An’am (ayat 11) فَبِاَيِّ الآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَنِ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahman Mengembaralah demi mencari selautan ilmu, Mengembaralah demi mencontohi para ulama, Mengembaralah demi membawa risalah nabi, Mengembaralah demi menyusuri sejarah, Mengembaralah demi menuntut sebuah pengalaman, Mengembaralah demi menikmati lukisan alam, Mengembaralah demi membawa pergi duka lara, Mengembaralah demi mengenali erti kehidupan, Mengembaralah demi mencari redhaNYA….. Sesungguhnya,  para pewaris nabi berhijrah dan mengembara dari satu negeri ke satu negeri demi mencari mutiara ilmu… Sesungguhnya,  orang yang berilmu tidak diam beristirehat di kampung halaman… Sesungguhnya,  baginda dan