Lagu Tema Hari Keluarga RNSK 2009

Sabtu - 13 Jun 2009 M Bersamaan 19 Jamadil Akhir 1430 H Judul : Setanggi Kasih Album : Qiblat Munsyid : Rabbani Mari kita nyalakan setanggi kasih yang mewangi Di seluruh semesta pada sepanjang kembara Kita akan temui bunga-bunga kebaikan Hulurkan salam Bersyukur kepada Tuhan Hindari kejahatan dengan satu kebaikan Agar kau kan rasai erti kemanisan iman Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan Suburkan cinta kita sesama insan Tiada selain Tuhan berkuasa mendamaikan Tiada selain Tuhan yang dapat menyatukan insan Pasti kau temui nanti duri-duri permusuhan (kejahatan) Hadapi segalanya dengan kesabaran Dan tempuhilah rintangan dengan keyakinan Mari kita padamkan nyalaan benci yang membakar Di sepenuh buana pada seluruh manusia Kita akan sedari titik-titik persamaan Taburkan damai Bersyukur kepada insan Hindari kejahatan dengan satu kebaikan Agar kau kan rasai erti kemanisan iman Ini setanggi kasih di persada cinta Tuhan Suburkan cinta kita sesama insan Hulurkan salam Bersyukur kepada Tuhan Senilagu: Norman/Yusry/Edry Senikata: Pahrol Mohd Juoi OP: KRU Publishing Sdn Bhd SP: EMI Publishing M Sdn Bhd

Comments

Popular posts from this blog

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) SESI 2016/2017

[ZIARAH MAHABBAH ]