Posts

Showing posts from February, 2014

Majlis Penutupan Rasmi Program QIE / 5S

Image
31 Jan, Jumaat : Tirai bulan Januari 2014 ditutup dengan gilang gemilang dengan  Majlis Penutupan Rasmi Lawatan Sosial Amalan Persekitaran Berkualiti QIE / 5S MAINS yang telah berlangsung selama 10 hari. Delegasi MAINS yang seramai 10 orang telah berkampung di Rumah Negeri Sembilan Kaherah untuk memberi tunjuk ajar dan mengajar cara-cara yang betul dan sesuai dalam penyusunan barang. Antara delegasi yang hadir ialah Tuan Haji Nor Azaman Amat bersama sekumpulan kaunselor dan Encik Azzerul bersama wakil pegawai audit dan pegawai teknologi. Seorang pelajar membersih persekitaran RNSK Delegasi MAINS membantu para pelajar menceriakan RNSK                      Dalam majlis tersebut, Pengerusi MTPANSM, Abdul Rahim bin Sabtani mengucapkan jutaan terima kasih kepada delegasi MAINS atas tunjuk ajar dan meluangkan masa bersama pelajar serta memahami karenah anak-anak Negeri Sembilan di bumi Mesir. Seterusnya, ketua delegasi MAINS, Tuan Haji Nor Azman Amat menyatakan bahawa penghuni R