Posts

Showing posts from September, 2009

Ifthor Perdana

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.... Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan yang lalu, Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah mengadakan sebuah Program Berbuka Puasa Perdana pada 27 Ramadhan 1430h, bersamaan 17 September 2009. Program yang mendapat tajaan pihak Manjalawi ini dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kedutaan seperti Encik Puzi, Pegawai-pegawai JPMK seperti Dr Jamil, Pegawai-pegawai Rumah Negeri, YDP dan wakil-wakil persatuan pelajar Malaysia, anak-anak Negeri Sembilan yang menuntut di Mesir serta Syeikh Asyraff, bilal Masjid Azhar dan sudah tentu, kakitangan pihak Manjalawi. Tetamu hadir seawal jam 5 petang dan selepas asar, majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran 30 juzuk diikuti dengan majlis tahlil dan doa selamat sehingga azan maghrib. Majlis berbuka puasa dimulakan dengan hidangan ringan dahulu, seperti kurma dan kuih-muih yang disediakan oleh pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Seterusnya, semua tetamu menunaikan solat maghrib secara berj

Keberangkatan Jordanians

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini sekali lagi pelajar-pelajar Negeri Sembilan mengiringi keberangkatan tujuh orang pelajar yang terdiri daripada 4 muslimin dan 3 muslimat ke bumi Jordan. Secara ringkasnya, mahasiswa dan mahasiswi Negeri Sembilan yang menjejakkan kaki ke sana ialah Waliff, Nazmi, Syukri, Hafiz, Amrah, Zurin dan Hidayah yang dahulunya turut sama menjayakan PSMB 09 di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Seawal jam 6.00 pagi pada tarikh 12 September 2009 mereka telah bertolak ke Cairo International Airport bersama-sama dengan ayah dan ibu (Pegawai Rumah Negeri Sembilan Kaherah dan isteri) serta beberapa orang sahabat yang turut serta mengiringi dengan menaiki 2 buah Toyota Avanza dan sebuah tramco. Suasana sayu yang menyelubungi setiap penjuru Rumah Negeri Sembilan turut terzahir di wajah setiap pelajar pada pagi itu. Sambil bersalam-salaman, mereka tidak putus-putus memberikan nasihat serta doa kepada pelajar-pelajar

Majlis Badar Kubra

Assalamualaikum W.B.T Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T,pada bulan Ramadhan yang mulia ini,banyak sejarah-sejarah keagungan Islam telah berlaku dalam bulan ini.Walaupun kita diuji dengan dugaan makan dan minum,tetapi Islam tetap dapat mencatatkan beberapa sejarah untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran. Oleh yang demikian,Unit Dakwah dan Tarbiyah akan menganjurkan satu majlis bagi memperingati salah satu peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam yang berlaku dalam bulan Lailatul Qadar ini iaitu Badar Kubra. Berikut adalah tentatif program sempena Majlis Badar Kubra ini:- Hari : Isnin Tarikh : 17 Ramadhan/7 September 2009 Tempat :Surau RNSK Waktu : Selepas Solat Asar Aturcara Majlis : -Solat Asar secara berjemaah -Menunggu kehadiran sahabat-sahabat -Bacaan al-Quran -Pengisian tentang Badar Kubra oleh Ustaz Danial Farhan B.Dolmat -Bacaan Madeh -Buka puasa secara berjemaah. Diharapkan kepada sahabat-sahabat agar sama-sama dapat menghadirkan diri dalam majlis yang akan diada