Posts

Showing posts from August, 2009

Media Kontemporari Negeri Sembilan

Assalamualaikum W.B.T... Kali ini penulis akan menulis tentang majalah terbaru yang telah diterbitkan oleh anak-anak Negeri Sembilan.Majalah ini telah diberi nama Media Kontemporari Negeri Sembilan atau sinonimnya ialah MATAN. Majalah ini adalah julung-julung kalinya diterbitkan oleh Negeri Sembilan di bawah naungan Unit Penulisan yang berada dalam kelolaan Unit Pendidikan Majlis Tertinggi Pengurusan Negeri Sembilan. Terdapat bahan-bahan yang menarik terdapat di dalam majalah ini antaranya kenali syeikh,antarabangsa,tafaqquh,info azhar,feminin,maskulin,wawancara,dan kembara kuliah. Majalah dwibulanan ini telah dikeluarkan dan dirasmikan pada hari penutup program orientasi pada Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu yang lalu.Harga majalah ini hanya LE 6.00 senaskhah. Sahabat-sahabat boleh mendapatkan MATAN pada Ustaz Danial Farhan B.Dolmat untuk ikhwah dan akhawat boleh mendapatkan MATAN pada Ustazah Syahirah Bte.Muhd Yusoff. Sekian,Wassalam...

Orientasi Mahasiswa/wi Baharu

Image
Assalamualaikum W.B.T..... Sudah lama rasanya tidak bersua di ruangan ini.Kami juga memohon ribuan kemaafan kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini disebabkan kesibukan yang tidak terhingga. Di sini penulis akan menulis kepada sahabat-sahabat tentang Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu (PSMB) yang telah dianjurkan oleh rumah N9 Kaherah. Selepas mahasiswa/wi baharu sampai ke bumi Mesir ini pada hari Ahad bersamaan 9 Ogos 2009 yang lalu,mereka telah mengikuti program orientasi yang telah berjalan selama 6 hari iaitu dari 10 Ogos 09 sehingga 15 Ogos 09. Di dalam program orientasi ini,telah dianjurkan beberapa aktiviti seperti majlis ramah mesra bersama ayah dan ibu,motivasi,'talk show',program uji minda,debat,usrah,dan juga beberapa taklimat seperti taklimat keselamatan.Beberapa orang moderator telah diundang bagi menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Majlis perasmian pembukaan telah diadakan pada hari keempat program orientasi bersamaan 13 Ogos 09 pada

Lahir Pejuang Baharu...

Image
Hari Ahad, 9 Ogos 2009 - Ketibaan mahasiswa/wi baharu di Mesir pada jam 4:30 petang yang disambut oleh AJK pelaksana program sambutan mahasiswa/wi baharu (PSMB) sesi 2009/2010. Seramai 52 orang mahasiswa/wi yang bakal melanjutkan pelajaran di Mesir mahupun di Jordan dalam pelbagai bidang. Rombongan ini diketuai oleh Ust. Amir dan En. Ibrahim. AJK pelaksana telah menunggu di lapangan terbang antarabangsa kaherah untuk menyambut kehadiran mahasiswa/wi baharu. Alhamdulillah, mereka selamat sampai di Mesir...

Program Usrah Sempena PSMB 09

Image
Program Usrah Gabungan (Akhawat Shj) Sasaran : Pelajar baru & pelajar lama Kaherah : Pelajar muhafazah Mansurah & Iskandariah Aktiviti menarik : Pengenalan usrah : Kenali adik-adik baru : Slide show menarik Waktu : 8.00 am Tarikh : 14 ogos 2009 Hari : Jumaat

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Image
Selamat datang mahasiswa/wi baharu ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK). Halaman yang menjanjikan kebahagiaan dan keharmonian pada yang tahu menilai erti kasih sayang. Setiap tahun, RNSK akan menyambut kedat angan pelajar baharu bagi meneruskan legasi ilmu serta meneruskan kesinambungan dakwah islamiah yang diwarisi sejak dahulu lagi. Tahun ini seramai 52 orang pelajar baharu yang akan menyambung perjuangan di perlembahan Nil ini. Bilangan ini termasuklah 7 orang pelajar yang akan ke Jordan . 33 terdiri daripada lelaki dan baki selebihnya seramai 19 orang penuntut puteri. Dua bulan pertama ini mereka akan menyertai Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu termasuklah seminggu program orentasi dan selebinnya kelas tutorial bersama Maahad Iqra’. Selain itu mereka akan turut serta berjaulah merentas sekitar Kaherah dan Iskandariah selain melawat makam-makam yang terdapat di Bumi Anbiya’ ini. Pastinya program ini suatu yang menyerono kkan selain mendapat layanan baik y

Kenduri Perdana rumah N9

Assalamualaikum W.B.T... Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati... Di sini terdapat satu iklan tentang Kenduri Perdana yang akan diadakan.Terbuka kepada semua anak-anak negeri sembilan yang berminat untuk bersama-sama menyertai program ini atau menghulurkan sumbangan. Kenduri ini bukanlah hanya terbuka kepada sesiapa yang berjaya dalam imtihan masing-masing,bahkan ianya adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Penyertaan atau sumbangan bolehlah dibuat sebelum 12-8-09 pada waktu petang. Butir-butir program adalah seperti berikut:- Tarikh : 13-08-09 Hari : Khamis Waktu : selepas Maghrib Untuk maklumat lanjut,sila hubungi: Ust Mohd Hafiz b.Ishak No.Tel : 010-9552676 Emel : silent_unknown2002@yahoo.com

Nisfu Syaaban

Image
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a: Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri." Setelah Baginda saw se

Pasukan Bola Sepak N9 di Kancah Piala Malaysia09.

Image
Assalamualaikum w.b.t Kali ini saya akan menulis tentang pasukan bola sepak N9 yang telah menyertai kejohanan Piala Malaysia pada 25 hingga 29 aribulan 7 yang lalu. Sedikit pengenalan tentang Piala Malaysia kali ini. Pemain yang berdaftar seramai 15 orang, tetapi yang akan bermain hanyalah seramai 9 orang atau pun dipanggil permainan 9 sebelah.Tiada 'offside'.Ini adalah antara keistimewaan permainan bola sepak yang dipanggil 9 sebelah.Syarat-syarat lain adalah seperti biasa. Majlis perasmian. Sebelum Piala Malaysia bermula,pemain-pemain N9 telah dipilih melalui pemilihan yang telah diadakan di nadi syabab.Beberapa pemain yang terbaik telah dipilh untuk mewakili pasukan.Selepas sesi pemilihan dilakukan,pemain-pemain N9 telah berlatih untuk meningkatkan diri dari segala aspek.Antara latihan yang dilakukan ialah larian untuk mencari stamina dengan berlari mengelilingi hadiqah dauliah. Memohon keredhaan Allah s.w.t. sebelum memulakan perlawanan. Selepas berlatih dengan