Perutusan Pengerusi MTP sempena Maal Hijrah 1431




Bersyukur pada Allah s.w.t  atas pinjaman pelbagai nikmat yang dikurniakanNya.sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah kita kecapi selama ini.Bersyukur juga kerana kita telah dipanjangkan umur sehingga ke hari ini dengan harapan agar usia ini mampu dipenuhi dengan kekuatan amalan & takwa..
Hari ini kita telah pun sampai kepada hari yang baru, bulan yang baru, tahun yang baru iaitu 1 muharram 1431 H.Kesempatan ini saya mengucapkan Kullu Sanah Entum Toyyibun kepada semua sahabat-sahabat pelajar N.Sembilan di bumi mesir ini.
Dikesempatan ini juga saya meingatkan diri saya serta sahabat-sahabat semua agar kita sama-sama tanamkan azam pasangkan niat untuk menjadi lebih cemerlang dalam semua sudut baik dari sudut ibadah,akhlak mahupun pelajaran..jika kita hayati bacaan doa awal tahun yg kita telah baca ,kita memohon kepada Allah agar diberi kekuatan melawan hawa nafsu,diberi kekuatan dalam memperbanyakkan ibadat padaNYA..semua ini tidak akan tercapai tanpa kita sendiri yg berusaha dengan bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah..
Sahabat-sahabat sekalian,
Penghijrahan Nabi s.a.w yg diabadikan pada bulan Muharam merupakan satu sejarah yg agung dalam proses kebangkitan islam dari segi kemajuan,penyebaran dan pemahaman islam..sebagai mahasiswa islam kita harus menghayati penghijrahan nabi ini dan mengaplikasikannya  dalam kehidupan seharian kita..seharusnya kita berhijrah kearah perkara yang lebih baik dan bukan lagi berada di takuk yg lama.muslim yg cemerlang ialah muslim yang hari ini lebih baik dari hari semalm,hari esok lebih baik dari hari ini.Kita tidak seharusnya berlengah lagi untuk berhijrah ke mustawa yg lebih tinggi samada dr sudut ibadat,akhlak mahupun pencapaian akademik.Allah s.w.t menggambarkan orang yang berjaya itu adalah seperti didalam firman-Nya dalam surah al maaidah  ayat 35 seperti mana mafhumnya 
 " Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan."

Sahabat sekalian,
Akhir kata,saya mewakili seluruh ahli Majlis Tertinggi Pengurusan mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua dan berdoa semoga kita semua berolah segala kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.Semoga kita semua akan berjaya dengan cemerlang dalam imtihan yang bakal menjelma.
sekian,wassalam.





Comments

  1. cayalah bad..!!

    ReplyDelete
  2. kalah yang berhormat!!hehehe

    ReplyDelete
  3. gambar tu yg mahal tu..

    ReplyDelete
  4. poyo glo pengerusi ni...hahaha

    ReplyDelete
  5. bagus idea dalam perutusan ni..
    tapi kan lebih baik jika tiada kesalahan tatabahasa dalam penulisannya..
    maka, nampak lebih baik...sekadar itu...

    ReplyDelete
  6. poyo gilo YDP ni!!!

    ReplyDelete
  7. den sepak kang sapo yg kutuk bad

    ReplyDelete
  8. Kesian...dalam web rasmi pun boleh kutuk org...em....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]