Posts

Showing posts from November, 2011

Peringatan

Image
Pihak MTPANSM meminta semua pelajar Negeri Sembilan Mesir untuk mematuhi pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Maklumat terbaru yang diterima daripada Command Center, kawasan Medan Tahrir telah dikenal pasti sebagai kawasan berbahaya ( oren ) , kawasan Sayyidah Zainab berjaga-jaga ( Kuning ) Elakkan sebarang urusan di Tahrir dan juga urusan di waktu malam . Sebarang maklumat hendaklah dipastikan dengan pihak berwajib. Sebarang masalah juga hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai RNSK dan juga exco MTPANSM. Berkesinambungan dari itu, mohon kerjasama semua pelajar Negeri Sembilan Mesir untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti no telefon di Mesir dan Malaysia, alamat tempat tinggal di Mesir dan Malaysia, alamat email ( jika ada perubahan ) dengan kadar segera kepada exco MTPANSM. Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan. Sama-samalah kita berdoa supaya Allah melindungi kita semua dari sebarang ancaman dan bahaya, serta mentakdir

GARIS PANDUAN KESELAMATAN

Image

Lisanul Haq

Image
Rahsia solat di awal waktu    Setiap masa, kita sentiasa terdedah dengan penguasaan            nafsu selain daripada hasutan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Bagaimana caranya mengawal nafsu tersebut? Sedarkah anda sekarang ini, mengapa solat itu  tiang agama ? Disebalik ungkapan tersebut kita akan dapati dengan mengerjakan solat diawal waktu dapat mengajar kita dalam menguasai diri kita dan ke atas penguasaan hawa nafsu yang selalu berkeinginan  rasa syahwat yang melampaui batas islam. Solat di awal waktu juga membantu kita menjadi manusia yang berdisplin. Kesan menepati solat di awal waktu sangat besar kesannya jika kita membiasakan didalam kehidupan. Kerana dengan mengatur jadual solat akan beerti kita juga bijak mengatur jadual harian kita. Kehidupan seharian pasti tidak kan menjadi tidak terurus.Kita akan sentiasa hidup dengan tenang, fikiran juga tidak menjadi tegang. Allah swt juga berfirman: “Celaka bagi orang-orang yang mendirikan solat, yang mana me

Langkah Keselamatan

Perhatian ! Kepada semua Anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Mesir, Untuk langah berjaga-jaga, anda semua diminta untuk memberikan nombor telefon anda yang terbaru (jika ada menukar nombor baru) kepada pihak kami (MTPANSM). Sila bertindak dengan segera, anda boleh memberikannya terus melalui facebook ukhwah (mesej) @ email @ maklumkan pada AJKT sendiri. Harap ambil perhatian dan sebarkan pada semua ahli rumah & kawan-kawan anda. Arahan dari pihak Kedutaan Malaysia (EME) & Pegawai Khas Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan, Tuan Haji Abd Malik Bin Kahar. Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Majlis Sambutan Aidil Adha 2011

Image
Kaherah , 4-6 november 2011,Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Kaherah Mesir,   telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Adha, majlis ini disambut selama 3 hari, mulai hari jumaat, sabtu dan ahad. Majlis ini disertai oleh mahasiswa/wi negeri sembilan. Hari pertama,majlis dimulai dengan qiamulail berjemaah pada pukul 4.00 pagi bertempat di musolla   Syeikh Abdul Qadir aljailani. Kemudian, solat subuh berjemaah seawal pukul 5.00 pagi.. Kemudian   program diteruskan pada hari kedua dengan program Tadarus Alqu’ran ,yang mana, setiap dari kalangan ikhwah dan akhawat ditaklifkan satu juzuk dan puasa hari arafah . Kemudian sekitar jam 4.30 petang majlis khatam Alqu’ran . Pada jam 5.15 petang majlis diteruskan dengan iftor sughro kemudian solat maghrib berjemaah serta iftor kubro. Sekitar jam 6.25 petang   solat isyak berjemaah dan sedikit kalam tausiah dari ustaz Ahmad Badrul Hisham Syah selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Pengur

Lisanul Haq ; edisi khas eid adha

Image
KORBAN ,TERKORBAN DAN TERUS BERKORBAN ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR.. WA LILLAHILHAMD..Bertakbirlah ,bertahmidlah dan bertahlillah sahabat- sahabat , agar ia bisa  mencairkan hati –hati kita, agar kita dapat merasakan ke izzahan Allah subhanahu wataala. Situasi 1 “Ayah, kenapa nak sembelih lembu tu, Aniq  kesian lah tengok die..” si anak menarik baju ayah sambil memandang simpati. “Aniq, jangan kesian dengan die..nanti tak boleh makan..”Jawab si ayah menasihatkan. Sahabat, sahabat yang dikasihi, Inilah fakta yang sering kita temui, benarkah ia begitu?Jika kita berada di Malaysia pada hari ini dan ditanya dengan persoalan sebegini adakah kita mampu menjawabnya? Situasi 2 “Jang, tolong pak cik sembelih kambing ni. Pak Cik ni dah tak kuat.Lepas ni karang kamu tolong lapah pula ya..” “Er.. er.. saye tak hafal niat la pak cik.. Situasi 3 “Una, nanti bolelah bagi tazkirah sempena raya korban ni ya, maklumlah baru balik dari Mesir.. fresh lagi ni..” “Saye tak b

Tentatif Program Hari Raya Idul Adha 1432H

Image
HARI SABTU ( 5 NOVEMBER 2011 ) 3.15 pm   : Solat Asar berjemaah                : Majlis Tilawah Al-Quran ( mengikut pembahagian yang telah ditetapkan )                : Bacaan Qasidah 5.10 pm   : Iftor Sughro                : Solat Maghrib berjemaah                : Majlis Khatam al-Quran                : Iftor Kubro                : Solat Isyak berjemaah                : Takbir Raya                : Ucapan Tausiah                : Tayangan Perdana sempena Hari Raya Korban                : Majlis bersurai HARI AHAD ( 6 NOVEMBER 2011 ) 7.30 am  : Upacara Penyembelihan Binatang Korban               : Melapah dan Menguruskan Binatang Korban                ( sarapan pagi disediakan ) 5.10 am  : Solat Maghrib Berjemaah               : Takbir Raya               : Solat Isyak Berjemaah               : Pembentangan Analisa Akademik sesi 2010/2011               : Ucapan Aluan oleh Pegawai Khas Kebajikan Pelajar                ( Ayahanda Tn Hj Abdul Malik B. Kahar )

Dia datang,, adakah kita menyambutnya..?

Image
Dia datang dengan penuh janji, penuh kegembiraan, sapaan penuh kemesraan.. namun acap kali ia dipersiakan. Begitulah kelazimnya, kerana sang kekasih takkan merindui kekasihnya jika ikatan kasih antara mereka belum bersemi. Namun dia tetap kan datang penuh ketaatan sebagai tanda luasnya rahmat ilahi. Ayuh, sedarlah kedatangannya! Jangan lepaskan  ia pergi tanpa ada apa- apa yang akan menjadi saksi di penghujung hari. Sahabat- sahabatku, Dia yang ku maksudkan adalah 10 awal Zulhijjah..Apakah kita sudah benar- benar meraikannya? Allah subhanahu wataala  berfirman : “ Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil” ( surah al-buruj ayat 1-3 ) Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.

Ziarah ke Mansurah

Image
RABU,  26 Oktober 2011 –  Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan Mesir telah menghadiri jemputan daripada Persatuan Perubatan Mesir cawangan Mansurah bagi memberi taklimat pengurusan MTP  dan suai kenal didalam majlis bersama para pelajar baru yang tergolong dari anak-anak Negeri Sembilan. Seramai enam orang exco MTP diketuai oleh Pengerusi , Ustaz Ahmad Badrul Hisyam Syah menghadiri majlis ini.Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh wakil perubatan mansurah Dr Amar seterusnya taklimat pengurusan dan suai kenal yang disampaikan oleh Pengerusi MTP. Borang  keahlian turut diedarkan kepada pelajar perubatan lama mahupun baharu bagi pengurusan data pelajar Negeri Sembilan Mesir. Pihak MTP mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak perubatan kerana sudi menjemput dengan layanan yang istimewa.  Mudah-mudahan ziarah yang telah diadakan ini akan dapat memupuk satu ikatan yang erat sesama organisasi  dan dapat mewujudkan ruang-ruang kerjasama yang lebih erat demi kemaslahatan ahl