Posts

Showing posts from 2010

Makluman Penting Kepada Semua Mahasiswa/wi

Image
Satu majlis makan malam bersama rombongan YB. Dato' Abd Samad bin Ibrahim (Exco Pembangunan Modal Insan, Belia & Sukan Negeri Sembilan) akan diadakan seperti ketentuan berikut : Tarikh : 4hb Disember 2010 (sabtu) Masa : 8.00 Malam Tempat : Dewan RNSK Pakaian : Smart casual & bersesuaian                Pakaian Batik (bagi yang menerima Sijil Penghargaan & Watikah Perlantikan) Semua anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Perlembahan Nil dijemput hadir di majlis tersebut.

Makluman Penting Kepada Mahasiswa/wi Qiraat sahaja

Image
Satu seminar kecemerlangan siswa/siswi Qiraat akan diadakan seperti ketentuan berikut : Tarikh          : 4hb & 5hb Disember (Jadual program akan diedarkan kemudian) Tempat        : Dewan RNSK Penceramah : Ustaz Mohd Fadzli Abu Bakar Pakaian       : Smart Casual & bersesuaian Semua Mahasiswa/wi Qiraat tajaan MAINS adalah diwajibkan hadir.

Perhatian Penting!!!

Image
Perhatian kepada siswa/siswi yang masih belum menghantar terjemahan pengesahan sessi 2010/11 dan terjemahan keputusan pengajian tahun 2009/2010 yang disahkan oleh pihak Education Malaysia (EM) dahulunya JPMK Pihak MAINS masih memerlukan dokumen tersebut diatas bagi tujuan pengesahan bayaran pinjaman dan bantuan zakat. Sila dapatkan dokumen berkenaan dan serahkan kepada Pejabat RNSK sebelum 10hb Disember 2010. Kelewatan menghantarnya boleh menyebabkan kelewatan bayaran oleh pihak MAINS. Sila rujuk senarai nama yang dipaparkan pada papan kenyataan yang terdapat di ruang lobi RNSK. Sekian, harap maklum. Pengerusi, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir

Perjumpaan Akademik

Makluman kepada semua anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Perlembahan Nil Satu perjumpaan khas akan diadakan bersama Pegawai Negeri Sembilan (Ayahanda Tuan Haji Mohd Zin b. Abu) pada : Hari : Jumaat Masa : Selepas Isya' Tempat : Dewan RNSK Sasaran : Mahasiswa/wi Tahun 1 (Kuliah Sahaja) Hari : Sabtu Masa : Selepas Isya' Tempat : Dewan RNSK Sasaran : Semua Mahasiswa/wi Jamuan disediakan Kehadiran adalah WAJIB!... Sekian, Pengerusi, Majlis Tertinggi Pengurusan

LAPORAN BAZAR NOGOGHI 2010, RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH

Image
RNSK, 5-7 Nov 2010 :Setelah hampir 4 tahun menyepi, akhirnya Rumah Negeri Sembilan Kaherah sekali lagi diserikan dengan kehadiran bazar yang ditunggu-tunggu.Demi menyahut tuntutan sunnah,tarikh 5,6 dan 7 November 2010 yang lalu menjadi saksi kepada hadirnya bazar yang dikenali dengan nama ‘ BazarNogoghi’ . Dianjurkan oleh Unit ekonomi,Bendahari Majlis Tertinggi Pengurusan Rumah Negeri Sembilan Kaherah,kehadiran semula Bazar Nogoghi adalah satu usaha memperkenalkan rumah Negeri Sembilan itu sendiri di samping membantu meningkatkan ekonomi.

Tentatif Aidiladha 1431

Image
Hari Raya pertama  - (Hayyu Asyir) 6.45 pagi              - Bergerak ke Hayyu Asyir 7.30 pagi              - Solat Hari Raya 8.30 pagi              - Sarapan Pagi 8.45 Pagi              - Sembelih Korban Anjuran Kedutaan                                 - Melapah                                 - Memasak 12.00 tgh              - Jamuan Tengah hari                              - Bersurai

Pengisian Aidiladha

AHAD ( 14/11 )   4.00 pagi               :                Qiamullail 7.00 malam          :                Muhadharah Aidil Adha : -               Bersama : Fadhilat asy-Syaikh Ahmad Solah Abdul Mu’iz      Imam dan Khatib Wizarah Auqaf ISNIN ( 15/11 ) 3.45 pagi               :                Qiamullail 4.15 pagi               :                Sahur Jamai’e Siang hari              :                Puasa Hari Arafah 5.00 petang         :                - Ifthor Jamai’e Shugro                                                 - Solat Maghrib berjemaah                                                 - Ifthor Jama’ie Kubro 6.20 petang         :                - solat Isyak berjemaah - Gema Takbir di Musolla - Program Dewan - RNSK bertakbir (ziarah syaqah) v   Diharapkan kepada semua sahabat-sahabat di RNSK mahupun di rumah-rumah sewa dapat menyambut baik pengisian yang telah disusun ini. Moga Allah Ta’ala menerima amalan baik yang kita kerjakan sepanjang bulan Zulhijjah ini. Amin. D

Makluman sempena Hari Raya Aidiladha

Image
Hari Raya Aidiladha 1431 adalah pada Hari Selasa | 10 Zulhijjah bersamaan 16 November 2010 . Bagi sesiapa yang berminat untuk berkorban pada hari raya Aidiladha anjuran Rumah Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pengurusan, sila hubungi saudara Ahmad Badrul Hisyam Syah (011-0693700) Korban yang ditawarkan adalah ; 1) Lembu 2) Kambing (khuruf, ghamis) Sekian, Pengerusi, Majlis Tertinggi Pengurusan

Makluman bagi tuntutan hadiah Sanah Helwa

Kepada mereka yang tidak mendapat kad sanah helwa yang diraikan pada Majlis Sanah Helwa bulan 7,8,9 dan 10 bolehlah dituntut kepada saudara pengerusi MTP  (Ustaz Ahmad Badrul Hisyam Shah). Segala kesulitan amat-amat dikesali. Sekian, Pengerusi, Majlis Tertinggi Pengurusan

Iklan & Video Promo Bazar Noghori 2010

Image

Majlis Sanah Helwa

Assalamualaikum..... Rumah Negeri Sembilan Kaherah akan mengadakan Majlis Sanah Helwa seperti ketetapan berikut: Hari      : Khamis Masa    : Lepas Maghrib Tempat : Dewan Syeikh Abdul Qadir Jailani Majlis diadakan untuk meraikan anak-anak negeri sembilan yang lahir pada bulan 7 ,  8 , 9 , 10 . Diharap semua anak-anak Negeri Sembilan dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Jamuan disediakan..

Perhatian atas peringatan penting sebelum ini.

Kepada pelajar-pelajar tajaan/bantuan MAINS yang sudah pulang ke Mesir dari bercuti di Malaysia, anda hendaklah memaklumkan kepulangan anda kepada pihak pengurusan Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) bagi memudahkan urusan pembayaran tajaan/bantuan. Bagi yang masih belum pulang adalah diingatkan tarikh terakhir kepulangan anda adalah sebelum 31/10/2010. Sekian, Pengerusi, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir

LAPORAN MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN ANAK-ANAK N.SEMBILAN MESIR 2010

Image
 Khamis, 14 Oktober 2010 - Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan dibawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak N.Sembilan telah menganjurkan  Majlis Kecemerlangan dan Penghargaan Mahasiswa dan Mahasiswi 2009/2010 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).Majlis bermula  pada pukul 8.10 malam  yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Jamil bin Hashim selaku Pengarah Jabatan Penuntut  Malaysia Kaherah.Turut dihadiri tetamu kehormat En.  Khairi bin Jalalluddin,En. Zulkifli bin Din,Ustaz Mohamad Ibrahim(Pengarah Akademik Ketaby),ibunda Hajah Habsah bt Omar dan ibu bapa dari kalangan mahasiswa akhir pada tahun ini.                

HARI KELUARGA RNSK 2010

‘JALINAN KASIH MEMBINA UKHUWAH’, tema yang dipilih AJK Pelaksana Program Hari Keluarga Negeri Sembilan pada tahun ini dengan lagu ‘Kasih Sayang’ nyanyian kumpulan INTEAM dan Allahyarham UST ASRI RABBANI sebagai lagu tema pembakar semangat bagi mencapai objektif menyemai ukhuwah para peserta.

Petikan Ucapan Syeikhul Azhar

.::: HuMaiR :::.: Petikan Ucapan Syeikhul Azhar : "Syeikhul Azhar ketika berucap sempena konvokesyen 2010. Menerusi entri kali ini, saya menterjemahkan petikan ucapan Syeikhul Azhar al-Imam..."

Peringatan kepada mereka yang masih bercuti di Malaysia

Image
Pekililing baru kepada semua pelajar-pelajar N.Sembilan yang bercuti di Malaysia. Pihak MAINS telah memutuskan TARIKH TERAKHIR para pelajar tajaan untuk pulang semula ke Mesir bagi mengikuti pengajian adalah pada 30/10/2010. Hal ini memandangkan pengajian telah bermula 2 minggu yang lepas. Kegagalan anda semua untuk pulang sebelum tarikh tersebut akan menyebabkan tajaan anda berbentuk pinjaman/zakat akan ditahan. Yang Benar, Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan

Majlis Kecemerlangan & Penghargaan Mahasiswa/wi 2010

Image

PENGUMUMAN : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MAHASISWA/WI NEGERI SEMBILAN 2010

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakaatuh...... Untuk pengetahuan semua, Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa/Mahasiswi Negeri Sembilan bagi sesi 09/10. Majlis tersebut akan diadakan pada:

Memilih Ilmu

Sebelum datang ke Mesir, kita didedahkan dengan bermacam-macam cerita tentang Mesir. Antara cerita yang paling menarik ialah bumi Mesir kaya dengan para ulama'. Ia adalah cerita yang benar. Hendak belajar dengan mana-mana ulama' di sini pun tak kisah dalam pelbagai bidang ilmu. Terlalu ramai. Sama ada di Masjid al-Azhar mahupun di halaqah-halaqah pengajian yang lain.

Sempena Sesi Pengajian Yang Baru

Sesi pengajian 2010/11 telah pun bermula secara rasmi. Tambahan lagi dalam tempoh sebegini, masih ada lagi negeri yang sibuk menyambut pelajar-pelajar baru yang datang untuk menyambung pengajian di sini. Esok dan 5 Oktober, adik-adik yang baru perlu menduduki Ujian Kelayakan Bahasa Arab (Imtihan Qabul). Namun begitu, bagi sahabat-sahabat senior, perjuangan perlu diteruskan lagi. Yang tahun satu telah pun naik ke tahun dua begitu juga seterusnya. Dalam masa yang sama, ada kalangan sahabat-sahabat yang telah pun berjaya menamatkan pengajian. Ada yang telah pulang dan ada lagi yang masih menunggu untuk menyertai konvokesyen. Semoga kejayaan mereka bergelar graduan akan mendorong adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain untuk terus memacu kejayaan.

Sedikit Perhatian

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh , Perhatian buat sahabat-sahabat yang masih bercuti di Malaysia, Sebagaimana yang pernah dimaklumkan sebelum ini, sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia untuk bercuti dikehendaki pulang ke Mesir sebelum bermulanya sesi kuliah yang baru. Sesi kuliah 2010/11 telah pun bermula secara rasmi. Oleh itu, sekadar peringatan bersama, diingatkan kepada mereka yang masih lagi bercuti agar memendekkan cuti dan segera pulang ke Mesir. Ia juga merupakan peringatan yang pernah dikeluarkan oleh MAINS. Semoga sama-sama dapat mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Harapan sempena kedatangan sesi yang baru ini membuahkan lagi azam dan semangat baru untuk terus berjuang menuntut ilmu di bumi yang penuh keberkatan ini. Salam kuliah! p/s: Walaupun raya di Malaysia sebulan penuh, tapi kena ingat juga yang raya di Mesir hanya tiga hari sahaja.. Danial Farhan bin Dolmat, Ketua Unit Pendidikan Majlis Tertinggi Pengurusan.

Sempena Konvokesyen

Assalamu'alaikum warahmatullah, Perhatian khusus buat sahabat-sahabat graduan/nita (termasuk tasfiah) 2010, anda boleh mengisi borang penyertaan konvokesyen secara online di laman web khas konvokesyen di sini . Sebarang maklumat akan diberitahu dari masa ke semasa. Sekian terima kasih. Yang berkhidmat, Unit Pendidikan MTP.

SEKILAS ATUR AMBANG SYAWAL

Image
27 RAMADHAN : SELEPAS ASAR     : TILAWAH AL-QURAN ANAK NEGERI SEMBILAN MENGIKUT JUZUK AZAN  MAGHRIB            -     BERBUKA SHUGRO -           SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH -           BERBUKA KUBRO AZAN ISYAK         -      SOLAT ISYAK BERJAMAAH -           SOLAT TARAWIH BERJAMAAH -           UCAPAN ALUAN PENGERUSI -           MAJLIS BACAAN BERMULA DARI SURAH ADH-DHUHA HINGGA SURAH AN-NAS -           BACAAN DOA DARI SYEIKH ASYRAF -           PENGIJAZAHAN SURAH AL-FATIHAH -           KALAM DARI SYEIKH

Pertandingan Lengkapkan Slogan

Image

Tempahan dibuka semula baju Rasmi N9

Image
Di atas permintaan ramai, pihak kami dengan rasa sukacitanya membuka semula tempahan bagi baju rasmi UKHWAH N9. Sahabat-sahabat yang berminat ingin membuat tempahan baju rasmi sila beri nama, size dan bayaran penuh sebanyak LE 55 kepada : Ustaz Hanafi Razali                     = 014-6673624 Ustaz Khairuddin Norizan             = 014-0548848 Ustazah Syahirah Yusof = 011-8559826

PENGUMUMAN!!! Mahasiswa Sahaja)

Assalamu’alaikum w.b.t...            Perhatian kepada semua Graduan Mahasiswa Mesir Negeri Sembilan 2009/2010, adalah dimaklumkan bahawa majlis konvokesyen akan diadakan tidak lama lagi. Oleh yang demikian, anda semua diminta untuk membuat tempahan Jubah Konvo dan Imamah.

Terbaru! MATAN edisi ke-4.

Image
Klik pada gambar untuk paparan imej yang lebih jelas. Kepada mahasiswa/wi al-Azhar Mesir, anda boleh mendapatkan majalah MATAN [Media Kontemporari Negeri Sembilan] edisi ke-4 dengan harga sebanyak LE5 sahaja. Mengandungi pelbagai gambar dan informasi untuk dikongsi dan difikirkan bersama. Selain daripada nombor telefon yang tertera pada iklan, pesanan boleh juga dibuat melalui emel ke alamat: hafizit@yahoo.com. Jom budayakan ilmu dan selamat membaca!

Tuntutan Baju Rasmi N9 Egypt

Dimaklumkan bahawa baju rasmi bagi anak-anak Negeri Sembilan Mesir sudah tiba. Jadi, kepada sahabat-sahabat ikhwah sahaja boleh mendapatkannya di bilik Pengurusan MTP yang berhampiran dengan pejabat RNSK.

PENGUMUMAN!!!

Perhatian Kepada Semua Mahasiswa/wi Mesir Negeri Sembilan, sila isi Borang Kemajuan Keputusan Peperiksaan Sesi Akademik 2009/10

TENTATIF PROGRAM PSMB 2010/11

HARI RABU ( 4 Ogos 2010 bersamaan 23 Syaaban 1431 ) 05.00 pm               - Sambutan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah 06.30 pm               - Sambutan di Asrama Rumah Negeri Sembilan, Kaherah                              - Minum petang 07.00 pm               - Taklimat AJK PSMB 08.00 pm               - Solat Maghrib berjemaah & Makan malam                              - Taklimat Pembahagian Syaqah 09.30 pm               - Solat Isyak berjemaah 10.00 pm               - Rehat

Senarai Nama Pelajar Baru

SENARAI PELAJAR TAJAAN PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM N.SEMBILAN 2010/2011 PENGAJIAN ISLAM MESIR USULUDDIN 1. AHMAD FARID YASEER B YAZID 2. ABDUL AZIZ B SAIDINA ABU BAKAR 3. MOHD JUHAIDI B ABU BAKAR 4. MUHAMMAD MUSTAKIM B ABD RAHIM 5. RODZIAH BT SANUDIN

Maklumat Tempahan Baju Rasmi

Image
Sahabat-sahabat yang ingin membuat tempahan baju rasmi sila beri nama, size dan bayaran deposit sebanyak LE 25 kepada : Ustaz Naduan Isa = 011- 7694213 Ustazah Syahirah Yusof = 011-8559826 Tarikh tutup = 14hb Julai 2010  selesai sudah!

TENTATIF PROGRAM HARI KELUARGA RNSK 2010

Malam Di Ambang (Isnin, 12 Julai 2010) 08.00 Malam             : Solat Maghrib berjemaah & Solat Hajat                                     : Ucapan Pengerusi Majlis & bacaan doa : Ucapan alu-aluan Pegawai Khas Kebajikan Pelajar N.Sembilan : Ucapan Perasmian Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan                                     : Penyampaian Watikah Perlantikan & Bendera Kumpulan : Gimik perasmian & Lagu Tema Hari Keluarga 2010                

STRUKTUR DAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI KELUARGA RNSK 2010

PENASIHAT Tuan Haji Mohd Zin Bin Abu (Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Negeri Sembilan) Ahmad Badrul Hisyam Shah Bin Rafiee (Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan RNSK) EX-OFFICIO Ahmad Naim bin Azlan PENGARAH

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN BAGI HARI KELUARGA 2010

BUAPAK IKHWAH Mohd Zaquan B. Zakaria (K) 1.        Mohd Naduan B. Isa 2.        Muammar Gaddafi B. Shamsudin 3.        Abdul Nafi’ Taqiyuddin B. Roslan 4.        Ahmad Badrul Hisyam Shah B. Rafie 5.        Muhammad Fakhrudin B. Abas 6.        Mohd Rodhi B. Hamzah 7.        Nik Ghazali B . Nik Mahamud 8.        Nuraznan B. Jaafar

Makluman Berkaitan Hari Keluarga 2010

Assalamualaikum W.B.T.. Makluman khas buat semua peserta hari keluarga RNSK 2010, pihak menganjur   telah bersetuju mengadakan pertandingan ”Who Wants To Be A Daie” seperti mana yang telah diadakan pada hari keluarga tahun lepas.Oleh kerana itu, di sini akan diklankan sedikit butiran pertandingan tersebut dan kitab-kitab

Makluman sempena Hari Keluarga N9 2010

Assalamualaikum.. Makluman sempena Hari Keluarga N9 2010 Celoteh Lobai

Iklan Sempena Hari Keluarga N9

Forum Bicara Siswa Tajuk : Peranan Ulama dan Negara Dalam Pembentukan Institusi Negara

Program sempena Isra' & Mi'raj

Image
Program khas Majlis Tertinggi Pengurusan di bawah Unit Dakwah & Tarbiah bersempena memperingati peristiwa Isra' & Mi'raj Junjungan Mulia saw iaitu :

PROGRAM HARI KELUARGA RNSK 2010

Dijemput kepada semua warga Negeri Sembilan di Mesir (yang berada difuru’ atau isytiraq N9) untuk menyertai PROGRAM HARI KELUARGA RNSK 2010. Antara aktiviti yang menarik:

Majlis Tahlil & Doa Selamat

Ayah & Ibu Menjemput semua sahabat-sahabat N9 ke "Majlis Tahlil & Doa Selamat" Tarikh : 1hb Julai 2010 (mlm Jumaat) Masa  : Selepas Maghrib Tempat : Musolla RNSK

Kenyataan Rasmi mengenai Isu Serangan israel ke atas Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G)

Kami dari seluruh ahli pimpinan Majlis Tertinggi Pengurusan MTP serta seluruh ahli mengutuk sekeras-kerasnya serangan israel ke atas Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G). Kami menyeru seluruh pihak dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan keras terhadap israel dan sekutunya.

Objektif Peperiksaan

Semalam saya dijemput untuk menyampaikan ucapan nasihat untuk musim peperiksaan di dalam majlis sambutan hari lahir yang dianjurkan oleh Unit Kebajikan Majlis Tertinggi Pengurusan Negeri Sembilan. Antara yang sentuh ialah tentang objektif peperiksaan. Saya terlintas mengenai perkara ini apabila terbaca dua firman Allah Ta'ala yang menyebut tentang kalimah 'imtihan' yang membawa maksud ujian / peperiksaan. Saya cuma boleh rumuskan bahawa objektif peperiksaan ada dua iaitu:

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Perdana

Tarikh : 27hb Mei 2010 Tempat : Dewan SAQAJ, RNSK Tentatif :

Makluman Pembatalan Tempahan Baju Hari keluarga 2010

Dukacita, sepertimana tajuk diatas. Adalah dimaklumkan bahawa "tempahan baju" sempena Hari Keluarga pada tahun ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Makluman Syahadah Asliah Pelajar Lepasan Maahad Qiraat Syubra

Berikut adalah nama-nama pelajar N.Sembilan lepasan Maahad Qiraat Syubra yang mempunyai Syahadah Asliah mengikut tahun :-

Makluman Berkaitan Pembayaran pinjaman/zakat/bantuan MAINS

Perhatian kepada semua pelajar tajaan / bantuan MAINS. Anda diminta memaklumkan kepada pihak MTP sekiranya terdapat perubahan pada no.akaun masing-masing. Ini untuk memudahkan proses pembayaran pinjaman/ zakat/ bantuan MAINS.

Jaulah Makam Sekitar Kaherah

Image
Hari : Jumaat Tarikh : 16hb April 2010 Masa : 7.00 pagi

Majlis Sanah Helwa & Kenduri Doa Selamat

Majlis Sanah Helwa & Kenduri Doa Selamat Jumaat | 2hb April |Selepas Maghrib | Dewan RNSK Tentatif program :

Forum Perdana.

Image
MENINJAU KEHIDUPAN MUSLIM DI UNITED KINGDOM! Bersama dengan Encik Hamidi Bin Abdul Rahman, Presiden Persatuan Melayu UNITED KINGDOM,  Pengerusi Professional Islamic Support And  Nuture Group

Pertemuan Khas

Image
    Perhatian buat sahabat-sahabat ikhwah dan akhawat Pegawai Khas Kebajikan, Ayahanda Hj. Mohd Zin b. Abu dengan kerjasama Unit Pendidikan MTP akan mengadakan “pertemuan khas” dengan semua pelajar bagi tujuan kaji selidik mengikut jadual berikut :

Road Show MLM Syariah HPA

Image
Tentatif Umum Tarikh :  13 Mac 2010 Hari :  Sabtu Tempat : Dewan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah

PROGRAM TAQARRUB JABATAN HAL EHWAL KHAS, KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Image
Hari : Selasa  Tarikh : 2 Mac 2010 Masa : 7.30 malam selepas Isya' Tempat : Dewan RNSK

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah bersama Sayyidi Muhammad Soleh al-Ja'afari

Image
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah bersama Sayyidi Muhammad Soleh al-Ja'afari, Naib Ketua Umum Tariqat al-Ja'afariyyah al-Ahmadiyyah al-Muhammadiyyah. Hari: Isnin Tarikh: 1 Mac 2010 (15 Rabi'ul Awwal 1431) Masa: Selepas Isyak Tempat: Dewan Sayyid Abdul Qadir al-Jilani (SAQAJ) Rumah Negeri Sembilan Kaherah. (musolla) Antara agenda majlis:- - Bacaan al-Quran - Dendangan qasidah & madih - Ucapan taujihat Sayyidi Muhammad Soleh al-Ja'afari Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Anjuran Unit Dakwah & Tarbiyah Majlis Tertinggi Pengurusan Pelajar N. Sembilan dengan kerjasama Unit Pendidikan.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Image
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & RAMAH MESRA BERSAMA YG BERBAHAGIA SOHIBUS SAMAHAH DATO' HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD, MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN. HARI: Jumaat TARIKH: 26 Februari 2010 (12 Rabiul Awwal 1431) TEMPAT: Dewan SAQAJ RNSK MASA: Selepas Maghrib Agenda majlis:- - Bacaan ayat-ayat suci al-Quran. - Alunan qasidah & madih. - Ucapan Ayahanda Pegawai Kebajikan Anak-anak N. Sembilan. - Ceramah Maulid & Ucapan Ramah Mesra SS Mufti N. Sembilan. - Sesi dialog bersama SS Mufti N. Sembilan. - Slot Sanah Helwa (Bulan Februari). - Jamuan. Semua anak-anak N. Sembilan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Image
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431 bersama Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki Hari       : Ahad ( 21/2/2010 ) Masa     : selepas maghrib Tempat : Dewan SAQAJ, RNSK Tentatif : - Bacaan al-Quran                - Bacaan Madih                - Ceramah                - Jamuan 

GOTONG ROYONG PERDANA

Image
Perhatian kepada semua anak-anak Negeri Sembilan khususnya yang berada di Rumah Negeri Sembilan Kaherah, satu gotong royong perdana akan diadakan sempena lawatan Y.A.B. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan ke Timur Tengah pada 19 Februari 2010 ini. Tujuan kedatangan beliau bersama rombongan seramai 30 orang adalah untuk : 1. Melihat keadaan pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Mesir. 2. Melihat penempatan anak negeri (RNSK),adakah berada di tahap yang memuaskan ataupun tidak. 3. Membincangkan mengenai tapak perumahan anak negeri yang baru. 4. Ramah mesra bersama pelajar N.Sembilan. 5. Membincangkan hal-hal semasa pelajar-pelajar N.Sembilan samada yang berkaitan dengan pelajaran ataupun luaran. Justeru, gotong royong perdana perlu diadakan bagi memperkemaskan lagi keceriaan & kebersihan RNSK serta nampak lebih teratur lagi tersusun. Jadi, gotong royong akan diadakan pada : Tarikh                     : 13 Februari 2010 Masa                      : 8.00 a.m Tempat             

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki

Image
Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki Tarikh  : 21/1/2010 Khamis Lokasi : Dewan SAQAJ, Rumah Negeri Sembilan Kaherah Masa   : Selepas Isya' Biografi al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki al-Azhari Hafizahullah. Memberikan sumbangan yang amat besar kepada Umat Islam Malaysia. Pernah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 1427 Hijriyyah. Pelopor kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Madrasah Husainiah, Madrasah Hasaniah, Pusat Tahfiz al-Quran dan Hadith, Darul Maliki dan penubuhan Universiti al-Azhar (Cawangan Malaysia). Antara kitab-kitab yang pernah beliau mengajar ialah: Tafsir Jalalain, Tafsir Nur al Ihsan, Al Syifa’ bi Ta’rif Huquq al Mustofa, Al Syamail al Muhammadiah, Al Azkar Imam Nawawi, Nasoih al Diniyyah wa al Wasaya al Imaniyyah, Aqidah al Awam, Aqidah Islam Imam al Ghazali, Safinah al Najah, Hikam Ibni Ataillah, Hikam Abi Madyan, Hikam Ibni Raslan, Minhaj al Abidin, Qatr al Ghaithiyyah, T

Isu Nama ALLAH : Sekadar Pandangan

Image
Saya terpanggil untuk menulis mengenai isu ini walaupun sebenarnya saya tidak ingin membicarakan isu ini secara bertulis memandangkan isu ini telah dibicarakan oleh ramai tokoh dalam negara antara yang pro dan kontra. Masing-masing telah mengemukakan pandangan berserta dengan hujah dan dalil. Oleh itu, bagi saya lebih baik berdiam diri sambil membaca dan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan di samping membuat penilaian berbekalkan ilmu yang ada. Namun saya melihat isu ini gagal ditangani dengan baik sehingga membawa kepada tindakan keganasan yang melibatkan gereja yang dibakar sebagaimana yang kita baca menerusi akhbar baru-baru ini. Sepatutnya perkara ini tidak perlu berlaku kerana ia akan membawa impak yang lebih negatif di masa akan datang dan saya khuatir itulah yang akan berlaku. Namun tindakan membakar gereja ini dilihat berpunca daripada isu yang tidak ditangani dengan baik. Kerana itu, saya mengajak sidang pembaca menilai isu ini dari