Posts

Showing posts from 2014

CARTA ORGANISASI MTPANSM 2014/2015

Image
ORGANISASI PENTADBIRAN MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN  ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM)  SESI 2014/2015 PENASIHAT PEGAWAI KEBAJIKAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN TIMUR TENGAH PENGERUSI ABDUL RAHIM BIN SABTANI KULIAH BAHASA ARAB +201119585738 ukhwah_fillah007@yahoo.com TIMBALAN PENGERUSI KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL KHALID KULIAH SYARIAH ISLAMIAH +201140543960 ibnukhalid_92@yahoo.com KETUA HEWI SITI NUR SYUHAIDA BINTI ABU HANIZAN KULIAH BAHASA ARAB +201122138511 syue_aida@yahoo.com.my SETIAUSAHA AGUNG MUHAMMAD AL-GHAZALLI BIN ABDOL MALEK KULIAH BAHASA ARAB +201150258239 alghazalli91@gmail.com BENDAHARI KEHORMAT MUHAMMAD ZAID BIN SHAMSHUL KAMAR KULIAH QIRAAT mz_sk_05@yahoo.com EXCO PENDIDIKAN MUHAMMAD FADZLE HANAFI BIN JAURI KULIAH USULUDDIN +201200255947 hanafi94.fh@gmail.com TIMBALAN EXCO PENDIDIKAN NURJANNAH ATIRAH BINTI ARIF KULIAH SYARIAH ISLAMIAH +201122071392

" GRAND TANZEEF "

Image
Rumah Negeri Sembilan Kaherah Mesir      Pada 28 November 2014 yang lalu, Exco Perumahan MTPANS telah mengadakan "Grand Tanzeef" yang mana ia merupakan rebranding daripada "Gotong-Royong Perdana". Moto "Grand Tanzeef" ialah "Moh Dogheh Turun Gotong-Royong"       Para penduduk RNSK diminta berkumpul di Dataran RNSK seawal jam 8.00 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa dan dteruskan dengan ucapan Ayahanda Abd. Hamid bin Jaman selaku Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir.         Majlis diteruskan dengan penyerahan watikah kepada semua ketua kampung yang telah dilantik.          Penerangan serba ringkas mengenai kawasan gotong-royong diberikan oleh Muhammad Zuhailie bin Mohd Dzahid selaku Ketua Exco Perumahan sesi 2014/2015.        Pada jam 11.00 pagi, ayahanda bersama Ketua Exco Perumahan melawat kawasan dan kampung masing-masing.        Alhamdulillah, progr

PERTANDINGAN PIALA PENGERUSI 2014

Image
Pada 5 Disember 2014, Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan di bawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan satu pertandingan sukan bola jaring (akhawat) dan futsal (ikhwah), iaitu program piala pengerusi yang berlangsung di nadi syabab dan  terbuka kepada ahli MTP Negeri Sembilan.      Pertandingan bola jaring bagi peserta akhawat bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi, manakala pertandingan futsal bagi peserta ikhwah bermula dari pukul 7.30 malam sehingga pukul 11.00 malam.      Pembukaan program Piala Pengerusi 2014 telah dirasmikan oleh Pn.Hjh Hamidah Binti Puteh (ibu), dan penutup bagi Piala Pengerusi 2014   telah dirasmikan oleh Tn,Hj Abdul Hamid Bin Jaman (ayah). Pertandingan bola jaring  bagi akhawat ,berlangsung dengan meriah sekali. Para peserta bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat. Pertandingan bola jaring ini dijalankan secara liga iaitu sebanyak 4 kumpulan.      Alhamdulillah,pertandingan bera

Program Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM 14/15 & Sijil Penghargaan MTPANSM 13/14, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa

Image
16 NOVEMBER 2014, AHAD -  Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Program ‘Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM sesi 2014/2015 & Sijil Penghargaan MTPANSM sesi 2013/2014, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa dengan meriahnya di perkarangan Dewan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK). Program telah bermula pada jam 7.10 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Zalazfian, Warden Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Al-Ghazalli bin Abdol Malek , disusuli dengan ucapan oleh Saudara Abdul Rahim bin Sabtani, Pengerusi MTPANSM sesi 2013/2014. Beliau berterima kasih dengan pengurusan dan gerak kerja kepimpinan sesi tersebut dan berharap konsistensi program-program ilmiah serta aktiviti yang berasaskan kebajikan mahasiswa dapat diteruskan dan ditam

LAWATAN KERJA WAKIL PEGAWAI LAWATAN MAINS DAN YAYASAN SOFA PEMBENTANGAN KAEDAH MENGISI BORANG ZAKAT SECARA 'ONLINE'

Image
Pada hari Rabu bersamaan 23 Julai, 2014 Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah menerima kunjungan lawatan kerja wakil pegawai  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS ), Ustaz Omar Mokhtar bin Yunus serta Yayasan Sofa. Tujuan utama lawatan ini disamping menziarahi para mahasiswa/wi Negeri  Sembilan adalah untuk menerangkan kepada semua mahasiswa/wi  tajaan  kerajaan Negeri Sembilan taklimat tentang kaedah mengisi borang zakat secara atas talian. Hal ini memerlukan penerangan dan pendedahan yang jelas bagi mengurangkan ketidakfahaman mahasiswa/wi dalam membuat permohonan baru dan lanjutan zakat bagi meneruskan baki pengajian di Mesir ini. Antara isi penting yang dijelaskan oleh Ustaz Omar adalah permohonan  zakat sama ada permohonan baru ataupun permohonan lanjutan zakat adalah wajib bagi kesemua mahasiswa/wi  tajaan penuh MAINS ataupun persendirian bagi yang mahu memohon bantuan zakat Negeri Sembilan . Bagi sesi kali ini, kesemua mahasiswa/wi dikehendaki mengisi k

KALAM TAUJIHAT SEMPENA IMTIHAN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD ABDUN NABIY

Image
AHAD, 27 APRIL 2014 - Bahang imtihan semakin terasa. Semua mahasiswa/wi Al-Azhar Mesir khususnya anak-anak Negeri Sembilan bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran. Rumah Negeri Sembilan Kaherah kini penuh dengan kelas tutorial untuk persediaan menghadapi imtihan. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan menjalankan program “Kalam Taujihat Sempena Imtihan” yang disampaikan oleh pensyarah Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, al-Fadhil al-Syeikh Muhammad Abdun Nabiy.                  Program dimulakan dengan bacaan surah Yasiin dan Tahlil serta Doa yang dipimpin oleh al-Fadhil al-Syeikh selepas solat Maghrib berjemaah. Selesai bacaan Yasiin dan Tahlil tersebut, bermula Kalam Taujihat daripada beliau.                 Antara nasihat yang disampaikan oleh beliau ialah mengingatkan kepada seluruh mahasiswa/wi yang hadir pada ketika itu bahawa kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, beliau berpesan sup