Posts

Showing posts from April, 2015

GRAND TANZEEF 2

Image
LAPORAN GRAND TANZEEF 2 RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH 27 Mac 2015, Jumaat – Exco Perumahan, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan mengadakan satu program yang dinamakan Grand Tanzeef. Program ini diadakan secara berkala. Ianya bertujuan membersihkan halaman Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Selain itu, para mahasiswa dan mahasiswi Negeri Sembilan dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina. Program ini bermula dengan ketibaan mahasiswa mahasiswi di dataran rumah negeri pada pukul 7.30 pagi. Setelah itu, ianya dibuka dengan bacaan doa yang dialunkan oleh saudara Muhammad Zaid bin Shamsul Kamar. Kemudian, program diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Abdul Hamid bin Jaman, Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan Timur Tengah. Beliau membuka ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Selain itu, beliau juga menceritan kelebihan menjaga kebersih