Posts

Showing posts from July, 2009

Laporan PEARLS IN YOU '09

Image
KAHERAH, 18-19 Julai- Unit Dakwah dan Tarbiyyah dengan kerjasama Unit Pendidikan HEWI MTP telah mengadakan program ‘PEARLS IN YOU ‘ 09’ dengan tema “Menobat Kredibiliti Srikandi”. Program selama dua hari ini telah disertai oleh bukan saja mahasiswi –mahasiswi Negeri Sembilan dari Kaherah tetapi mahasiswi-mahasiswi dari muhafazah juga tidak ketinggalan untuk turut serta bagi memeriahkan lagi program ini. Hari pertama program telah dimulai dengan ziarah maqam aulia’ yang terdapat di sekitar Kaherah seawal jam 9.00 pagi. Sepanjang ziarah maqam tersebut, para peserta telah diberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan dengan setiap maqam aulia’ yang diziarahi seperti bibliografi ulama’ tersebut, sumbangan mereka terhadap Islam, juga diselitkan beberapa peristiwa penting berkaitan dengan sejarah hidup mereka yang mana tidak pernah diketahui oleh peserta rata-ratanya sebelum ini. An

KELEBIHAN AMALAN DI BULAN SYA'BAN

Image
BULAN SYA'BAN KESIBUKAN umat Islam mengerjakan amal ibadat dalam sepanjang bulan Rejab, seharusnya diteruskan dengan amal ibadah dalam bulan Sya'ban. Ini disebabkan bulan Sya'ban juga penuh dengan keberkatan dan kebaikan, termasuk berbagai fadhilat dan kelebihnnya. Ini menepati maksud sebuah Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. sabda Baginda bermaksud: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku." Ketiga-tiga bulan itu (Rejab, Sya'ban dan Ramadhan) hendaklah dihayati dan dimanfaatkan sebaik-baiknya, sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada hari akhirat kelak. FHADILAT DAN KELEBIHAN SYA'BAN Terdapat banyak Hadis Rasulullah SAW. mengenai fhadilat dan kelebihan bulan Sya'ban bagi mereka yang berusaha menafaatkannya dengan menegerjakan berbagai amalan ibadah. Perhatikan sebahagian daripada hadis baginda: * Sayidatina Aisyah r.a menyatakan, tidak pernah

Jaulah Berkuda...

Image
Khamis - 16 Julai 2009, Seramai 29 anak-anak negeri menyahut cabaran di Giza dengan menunggang kuda mesir yang agak liar jugak... Kuda Mesir macam org Mesir jugak... Ganas... Liar... Laju.. Pening pun ada.. Di sini kita dapat saksikan sahabat2 kita menunggang kuda. Macam2 ragam la boleh lihat la.. Ada yang tergolek... Ada yang takut... Dan ada yang tak kan naik lagi... Itu la first dan last sekali dalam seumur hidup... hehe... Apa2 pun, jaulah kali nie memang best... Macam berperang la plak... Pasukan Nogori Sedia Menghadapi Cabaran Yang Mendatang!!! Pilih-pilih kuda paling gagah berlari... Ayuh!!! Musuh Di sana... Alhamdulillah... Kami pergi dengan selamat dan pulang dengan selamat... Inilah satu pengalaman yang sukar diperolehi melainkan kita pergi sendiri... Harap2 program seperti ini dapat manafaat kepada kita semua. Bersukan dengan menunggang kuda. Bagaimana nk jinak kan kuda liar??? Bagaimana nk kawal kuda dengan baik??? Susah ke nk tunggang kuda??? Apa perasaan anda sekiranya

Perhatian Buat Sahabat-Sahabat Yang Pulang Bercuti Ke Malaysia.

Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) dengan kerjasama Unit Pendidikan dan Unit Dakwah Tarbiyah sedang menyiapkan proposal berkenaan pengurusan masjid-masjid di Negeri Sembilan. Oleh itu, bantuan anda diperlukan untuk mengumpulkan maklumat berikut: 1) Pengurusan masjid di tempat anda. 2) Program-program yang diadakan di masjid anda secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. 3) Kedudukan masjid di tempat anda. 4) Sambutan jemaah terhadap masjid. 5) Cadangan anda dalam meningkatkan taraf masjid. Anda diminta untuk menyiapkan laporan mengenai maklumat-maklumat ini dan menyerahkannya selepas pulang ke sini semula. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Mari... Mari... Mari...

Image

Sebaik-baik Majlis

Image
Pada hari khamis yang lalu 9 Julai 2009 selepas solat maghrib, telah berlangsung satu majlis sempena khatam al- Quran oleh seorang sahabat kita Saudara Mohd Khoir b. Saidina Abu bakar.Majlis ini telah dipengerusikan oleh Ust Danial. Saudara Khoir membaca ayat-ayat terakhir dari Juz Amma dengan bacaan hafs dan syu'bah secara serentak sebelum menerima ijazah dari al-Fadhil Syeikh Wail Hajjaj Antara jemaah yang hadir..bile la nak makan nie..hmmm Tetamu kehormat yang dijemput khas dari Muqottom sempat merakamkan memori terindah di RNSK sebelum pulang ke Muqottom.

Pertandingan sempena PSMB 09

Image

Dialog Bahasa Inggeris

Image
Assalamualaikum... Pada 2.7.2009 di Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah mengadakan sesi diolag dalam Bahasa Inggeris... Kelu lidah tak terkata... yo lah... Da lamo x kecek bahasa inggeris... Tetiba2 pada ari tersebut kena cakap dalam bahasa inggeris... Ye la,bese kat umah negeri ni, bertutur dalam bahasa arab je kan... Maklum la, duk kat negara arab kan... :):) Pengerusi Profesional Islamic Support And Nurture Group (PISANG UK) - En. Hamidi Alhamdulillah, program dapat sambutan daripada sahabat2... Tak reti bahasa inggeris pun, berani mencuba... Apa yang penting, Kita mencuba... Belajar dari kesilapan dapat memperbaiki diri sendiri... Tetamu kita yang membahaskan topik2 dunia nie bukan seberangan orang... Tetamu jemputan dari UK tue... Jauhnye... Tetamu yang pertama - Saudara Qurratul A'yun Tetamu yang kedua - Saudari Sarah Hamidi Banyak ilmu yang kita dapat kongsi ilmu bersama... Moga perhubungan 2 hala di antara pelajar UK dan pelajar Mesir dapat diteruskan... Insya Al

Majlis Khatam Al-Quran

Image
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah... 30.06.2009 selepas Maghrib dilangsungkan Majlis Khatam Al-Quran... Ditaja oleh 2 sahabat kita iaitu Ahmad Naim Mazlan Dikenali ngan Abg Im dan juga Mohd Zaquwan Zakaria Dikenali Abg Zack. Syukur kepada Allah, dengan rezeki-Nya... dengan Nikmat-Nya... Kedua-dua sahabat kite telah selasai khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Syeikh Wail Al-Misri di Masjid Fath Qodir. Yang paling penting... Kami berasa kenyang...Betul tak Syakuragi Al-Hensami... Ada makan2 sikit... Terima Kasih kepada penaja... Dan tak lupa pada chef-chef yang arif dalam bab memasak nie... Makanan memang First Class... Terima Kasih ye... Jadi, pada tersebut juga... Banyak nasihat yang diberikan kepada kite semua... Syeikh Wail banyak menyebut Itqon... Itqon... Itqon... Ini bermakna, Syeikh amat menitik berat soal bacaan Al-Quran dengan teliti. Selain itu juga, bila kita baca... kita paham makna... kita hayati ayat-ayat Al-Quran... Yan