Posts

Showing posts from February, 2016

CINTA RASULULLAH S.A.W., CINTA TERINDAH

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah s.w.t itu tujuan, cinta Rasulullah s.a.w itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah” Keyakinan kita kepada Allah s.w.t adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah s.a.w. Justeru, Rasulullah s.a.w itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t. Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Rasulullah s.a.w tidak berkata melainkan wahyu Allah s.w.t.” ( Surah al- Najm 53: 3-4) Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah s.a.w. kerana bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan Rasulullah s.a.w., senyuman, sapaa