Posts

Showing posts from November, 2013

Ifthor Jamie Puasa Sunat Hari Asyura serta Majlis Ramah Mesra Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Anak-anak Negeri Sembilan Mesir

Image
14 NOVEMBER 2013-Khamis, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM ) telah mengadakan Ifthor Jamie sempena Hari Asyura dan Majlis Ramah Mesra Pegawai Khas Kebajikan yang baharu bersama isteri. Program ini dapat mengumpulkan anak-anak Negeri Sembilan sekitar Kaherah di musolla Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK). Alunan qasidah daripada anak Negeri Majlis dimulakan dengan berbuka puasa secara sederhana, seterusnya Solat Maghrib secara berjemaah dan bacaan Surah Yasin. Juadah berbuka puasa yang disediakan oleh penghuni RNSK secara ‘pot-luck’ dihidangkan dalam dulang turut disertai oleh pegawai. Alunan madeh ‘Ya Kitab Al-Ghuyub’ menjadi halwa telinga permulaan Majlis Ramah Mesra. Tuan Haji Abdul Hamid bin Jaman, Pegawai Khas Kebajikan yang baru bersama isteri, Puan Hajjah Hamidah bt Puteh telah menjejakkan kaki ke bumi Anbia’ pada 10 November 2013. Beliau merupakan bekas pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) telah dilantik oleh Mente