Posts

Showing posts from April, 2016

JADIKAN HIDUP KITA SEBAGAI KARYA AGUNG

Image
Rahsia unggul untuk kejayaan adalah, tiada rahsia untuk kejayaan. Prinsip kejayaan sudah ditemukan secara berulang kali sejak permulaan sejarah dicatatkan, dan prinsip itu ingin saya kongsikan di sini. PRINSIP 1: POTENSI DIRI KITA TIADA HADNYA Kawal minda kita sepenuhnya, dan belajar bagaimana membebaskan kuasa istimewa diri sendiri supaya dapat menarik apa jua perkara yang diinginkan dalam kehidupan kita. PRINSIP 2: MATLAMAT YANG JELAS ADALAH KUNCI UTAMA Kita perlu tahu dengan sejelasnya perkara yang diinginkan dan individu yang bagaimana kita impikan. PRINSIP 3: ILMU ADALAH KUASA Pelajari semua perkara yang perlu diketahui bagi mencapai tahap pakar dalam bidang yang diceburi. PRINSIP 4: KEPAKARAN ADALAH SUATU KEAJAIBAN Tekadkan diri kita pada hari ini demi menjadi individu cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan. Bangunkan kemahiran diri sehingga ke tahap tinggi, dan bertekad menjadi seorang daripada 10 peratus individu cemerlang dalam bidang sendiri. Aspek in

Lilin Kehidupan

Image
Seorang budak lelaki mencari sebatang lilin untuk menerangi malam yang dingin disebabkan litar pintas. Setelah beberapa seketika mencari lilin itu, akhirnya dia menjumpai lilin yang dicarinya. Lalu, dia mengambil sebatang mancis untuk menyalakan api pada lilin tersebut. Dia sungguh gembira kerana malam kelam itu diterangi semula dengan cahaya lilin yang dinyalakan. Budak lelaki itu terus melakukan kerja hariannya dalam keadaan gembira kerana dapat diterangi cahaya semula. Akan tetapi, jangka hayat lilin itu hanya seketika. Setelah beberapa jam, lilin itu semakin cair dan akhirnya cahaya yang menerangi malam itu terpadam. Lilin itu dibuang setelah budak lelaki itu terus menyalakn lilin yang lain untuk menerangi malam yang kelam. Diri kita diibaratkan seperti lilin tersebut. Hakikatnya, kita hanya diperlukan sekiranya memberi manfaat kepada orang lain. Akan tetapi, setelah kita menerangi kehidupan orang lain dengan membuat mereka gembira, kita akan dipinggirkan dan tidak dihargai