Posts

Showing posts from November, 2016

Insan Bernama Muhammad

Image
INSAN BERNAMA MUHAMMAD.   Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib   Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqawwam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib   Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)   Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun   Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwail

LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BAHARU (PSMB) 2016/2017

Image
30 September dan 1 Oktober 2016 - Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Negeri Sembilan Mesir telah menganjurkan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2016/2017. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah, bermotivasi , berdaya saing dan bertanggungjawab dengan mengadakan slot-slot motivasi dan sebagainya. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan dan suasana  hidup di bumi Mesir supaya mahasiswa/wi baharu bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di Ardul Kinanah ini. Seterusnya, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah antara pelajar baharu dengan pelajar-pelajar lama khususnya pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. 30 September 2016, Jumaat. Seramai 11 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring yang menyertai rombongan ini telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah yang terdiri darip

LAPORAN PROGRAM IHTIFAL AIDIL ADHA (IhADH) 2016

Image
Pada 12 September 2016 yang lalu, Exco Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang diberi nama Ihtifal Aidil Adha (IhADH) 2016. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk menghidupkan ibadah korban yang sinonim dengan Hari Raya Aidil Adha, menterjemahkan pengajaran dari pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ke dalam realiti kehidupan masa kini serta menerapkan sikap patriotisme dan cintakan tanah air, seterusnya  mengeratkan ukhuwah diantara anak-anak Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini. Tema program pada kali ini ialah “Pengorbanan Dalam Kemerdekaan”. Ihtifal Aidil Adha kali ini diadakan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Seawal jam 5.00 pagi, penghuni RNSK telah bergerak ke Masjid Libi untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya bersama warga tempatan Mesir. Pulang dari solat sunat, para penghuni telah mengadakan Salam Perantau

Empire Iblis

Image
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia. Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:6...2): “Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki. Firman Allah: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga. Allah berfirman (Shaad:77-78): “Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari k