Posts

Showing posts from March, 2015

PROGRAM TUKAR SELEGHO

Image
            LAPORAN PROGRAM TUKAR SELEGHO        Pada 12 Mac 2015 yang lalu, Exco Perumahan RNSK telah menganjurkan program "Tukar Selegho" diantara kampung-kampung yang terdapat dalam Rumah Negeri Sembilan Kaherah ini. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama kampung disamping mencungkil bakat-bakat memasak yang terpendam dalam diri ahli-ahli dari setiap kampung.        Pertukaran juadah ini dilakukan secara undi. Ketua kampung akan mencabut undi untuk mengetahui kampung yang akan ditukar juadahnya. Setiap kampung dikehendaki menyiapkan apa-apa juadah yang bernilai LE 50, dan pertukaran dilakukan pada jam 5.00 ptg. Antara kampung-kampung tukar juadah  ialah: Kg Ulu Sepri /Kg Jiboi →Kg Kendong Kg Kendong→ Kg LBJ Kg Sri Pilah→Kg Lonek Kg Serting→Kg Sri Asahan Kg LBJ →Kg Ibol Kg Sri Asahan→Kg Pelangai Kg Ibol→Kg Ulu Sepri/Kg Jiboi Kg Lonek→Lg Londah Kg Kurnia Diraja→Kg Serting Kg Londah→Kg Sri Pilah Kg Pelangai→Kg Kurnia Diraja

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

Image
LAPORAN KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK) 16 Februari 2015, Isnin – Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menghantar satu rombongan delegasi mereka bagi mengadakan pertemuan bersama anak-anak Negeri Sembilan di Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK). Rombongan delegasi yang  diwakili oleh 3 orang jawatan kuasa iaitu Ustaz Muhammad Yusri bin Mazlan, Penolong Mufti Bahagian Aqidah, Ustaz Shuhadak bin Mahmud, Pengerusi Lembaga Masjid Negeri Sembilan dan turut serta, Ustaz Khairul Amal bin Zulkifli, Imam Masjid Hussein, Seremban 2 yang diberi amanah sebagai pegawai pengiring. Sebelum itu, mereka telah pun mengadakan pertemuan bersama anak-anak Negeri Sembilan di Maghribi. Objektif kunjungan rasmi ini adalah tidak lain hanyalah bertujuan untuk mengadakan pertemuan ramah mesra dan perkongsian pengalaman dan ilmu bersama anak-anak Negeri Sembilan di Mesir memandangkan mereka sendiri adalah bekas penuntut di Mesir suatu keti

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & YAYASAN SOFA KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

Image
LAPORAN KUNJUNGAN RASMI DELEGASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & YAYASAN SOFA KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK) 08 Februari 2015, Ahad – Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) telah menerima kunjungan rasmi delegasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Yayasan Sofa selama 3 hari 2 malam. Pihak delegasi tersebut diwakili oleh Ustaz Omar Mukhtar bin Yunus, Setiausaha Jabatan Aqidah dan Dakwah MAINS, Ustaz Solahuddin bin Azraie, Pengarah Akademik Kolej Islam As-Sofa, dan Ustaz Sufi bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Kolej Islam As-Sofa. Kunjungan rasmi ini adalah rentetan daripada lawatan kerja mereka di Maghribi bagi penghantaran pelajar tajaan MAINS dan pertemuan rasmi bersama Kementerian Pengajian Tinggi di Maghribi. Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengadakan pertemuan ramah mesra di antara pihak delegasi bersama anak-anak Negeri Sembilan di Mesir. Justeru, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan (MTPANSM) telah bersetuju untuk men