Posts

Showing posts from September, 2011

Iftor Perdana & Perasmian vcd Jejak Auliya'

LAPORAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA & PERASMIAN MAJALAH MATAN EDISI 5 BESERTA VCD JEJAK AULIA’ 2011 Setiap tahun, bila tibanya Ramadhan, Negeri Sembilan akan mengadakan majlis berbuka puasa perdana dengan menjemput tetamu-tetamu dari luar sama ada daripada pihak EM, Kedutaan Malaysia mahupun wakil-wakil BAKAN setiap negeri. Berhubungkait denganitu, Ramadhan 2011 telah merakamkan majlis berbuka puasa perdana bersama anak-anak N.Sembilan dan tetamu-tetamu jemputan anjuran Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir. Lebih meriah lagi, majlis yang diadakan ini telah disusuli dengan perasmian majalah MATAN edisi 5 beserta VCD Jejak Aulia’ 2011. Sedikit maklumat ringkas mengenai VCD JejakAulia’ ini, ianya adalah dokumentari jaulah maqam yang dirakamkan sekitar kawasan Bahnasa’ ,iaitu tempat ramai para-para ulamak Islam dimaqamkan. Hasil kerjasama ExcoPendidikan & Techno Crew, VCD ini berjaya disiapkan dan dirasmikan malahan telah dihantar ke Malaysia kh

P.S.M.B 2011/12

Image
LAPORAN PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU 2011 (PSMB) ANJURAN MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) DENGAN KERJASAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & SEKRETERIAT MAHASISWA TIMUR TENGAH (SMATT).              Program   Sambutan Mahasiswa/wi Baru atau ringkasannya PSMB adalah sebuah program yang setiap tahun diadakan sempena kedatangan pelajar-pelajar baru dari Negeri Sembilan ke Mesir bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pengajian Islam mahupun Perubatan. Ianya adalah program susulan daripada Kursus Intensif Bahasa Arab yang telah diadakan di Pusat Dakwah Negeri Sembilan oleh Sekreteriat Mahasiswa Timur Tengah. Justeru, pada tahun ini, PSMB 2011 telah merakamkan pelbagai acara, kelas, ceramah &aktiviti untuk para pelajar selama seminggu.                           Secara ringkasnya, Mahasiswa/wi baru yang dihantar kesini telah mengambil kursus selama 2 bulan yang mana ianya dikelolakan oleh SMATT, kemudian disambu

Diskusi Kitab

Diskusi Kitab   Thaqafah Dai’ah Hari        : Jumaat Tarikh     : 30 Sept 2011 Masa     : 9.00 pagi Pendiskusi : Us. Mohd Hafiz Daud    Dijemput kepada semua ikhwah & akhawat Negeri Sembilan untuk sama-sama menghadirkan diri. Kepada semua mahasiswa baru, anda dikehendaki hadir. Harap maklum dan disebarkan.. Terima kasih..

TERJEMAHAN NATIJAH

Image
Urusan terjemahan boleh dibuat di : ARMA ; pada setiap hari kecuali hari jumaat, selasa & sabtu. : Muhandisin ; pada hari Selasa &Sabtu Dokumen yang diperlukan : 1)       Natijah 2)       Salinan pasport muka surat hadapan ukuran A4 3)       *Borang Pengakuan Kuliyah  * ikhwah-(dapatkan pada ) ustaz Aznan     akhwat- ustazah Syazana contoh borang p/s : Sila segerakan tindakan anda untuk memudahkan kerja semua pihak. Kerjasama anda sangat kami hargai.

Terjemahan Natijah

Image
PERHATIAN..!! Kepada semua pelajar-pelajar lama Universiti Al-Azhar, Ain Shams, dan Maahad Qiraat, kalian semua diminta menghantar terjemahan peperiksaan ke Pejabat RNSK selewat-lewatnya pada 5/10/2011. Cara yang mudah untuk membuat terjemahan keputusan : 1. Pergi ke kuliyah 2. Ambil gambar melalui kamera keputusan anda yang telah ditampalkan oleh pihak universiti di papan-papan kenyataan. 3. Kemudian print out gambar itu dalam kertas A4. 4. Highlight nama anda yang tertera dalam keputusan tersebut. 5. Kemudian hantarkan kepada Pegawai EM, Ustaz Rusni di DMAK untuk kerja penterjemahan. PESANAN : - Tidak perlu membuat Kasyfu Natijah untuk mendapatkan keputusan bagi permohonan zakat yang baru, buat seperti mana cara yang telah ditunjukkan. - Pelajar yang berada di Malaysia boleh mewakilkan kepada sahabat-sahabat yang berada di Mesir untuk urusan-urusan penterjemahan.

Slot Bersama Dr Abd Razak B Abu Che

Image
Assalamualaikum..Buat semua anak-anak negeri tidak kira mahasiswa baharu mahupun lama..anda semua dijemput menghadiri "Slot Bersama Dr Abdul Razak Bin Abu Che" ~Pensyarah IPRM   Butiran program adalah seperti berikut:-  *Hari : Jumaat (esok)  *Tarikh 16hbSept  *Masa : 8.00 pg Kehadiran anda semua amat dialu-alukan (Permintaan Dr. Abd Razak) Sekian terima kasih..

Pertandingan Mencipta Logo MTPANSM

Image