Posts

Showing posts from October, 2009

Maklumat Pearls In You II

Assalamualaikum warahwatullahi wabarakaatuh... Sukacita dimaklumkan pihak HEWI Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) Rumah Negeri Sembilan Kaherah akan menganjurkan program Pearls In You siri ke-2 bagi tahun 2009. Program tersebut akan diadakan pada: Tarikh : 30 Oktober 2009 Hari : Jumaat Masa : 7.00 pagi Tempat: Rumah Negeri Sembilan Kaherah, RNSK Yuran : LE 3 Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program tersebut. Antaranya: Explorace, cabutan bertuah dan aktiviti istimewa. Diharap agar akhawat Negeri Sembilan dapat bersama-sama menjayakan program yang khas dianjurkan untuk akhawat sahaja. Pembayaran yuran boleh mula dibayar kepada Ustazah Hilwa. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Ustayah Aziemah: 0117694197. Diharap dengan kehadiran sahabat-sahabat dapat memeriahkan lagi program ini. Sekian. " Menobat Kredibiliti Serikandi "

Pemberitahuan: Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa/Mahasiswi Negeri Sembilan

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakaatuh...... Untuk pengetahuan semua, Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa/Mahasiswi Negeri Sembilan bagi sesi 08/09. Majlis tersebut akan diadakan pada: Tarikh: 29 Oktober 2009 Hari : Khamis Masa : 7.00 petang Tenpat: Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah, Mesir (DMAK) Majlis ini juga terbuka untuk rakan-rakan mahasiswa/mahasiswi yang berjaya dalam imtihan masing-masing bagi memeriahkan suasana serta memberi dorongan kepada mereka. Semua anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Kaherah mahupun di muhafazah (Zaqaziq, Mansourah, Tanta, Iskandariah, Dumyat dan sebagainya) dijemput hadir bersama. Kami berharap dengan kehadiran anak-anak Negeri Sembilan, majlis akan bertambah meriah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana tremco disediakan. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: -Nuraznan bin Jaafar: 0118768323 -Azyan Syamimi bt Khalid:

Majlis Pelancaran Kempen Ke Kuliah

Image
Assalamualaikum... Perhatian!!! Unit Pendidikan Majlis Tertinggi Pengurusan Sesi 2009/2010 akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Ke Kuliah. Majlis tersebut akan diadakan pada: Tarikh: 14 Oktober 2009 Hari : Rabu Masa : Lepas Solat Isya' Tempat : Musolla Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Semua Anak-Anak Negeri Sembilan yang berada dipelembahan nil untuk hadir pada malam tersebut untuk kite jayakan bersama. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Insya Allah... "Berilmu, Beriman Dan Beramal" Harap Maklum. Sekian...

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Image
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.... Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430h anjuran Kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah, Kaherah pada 1 Syawal 1430h, bersamaan 20 September 2009. Sambutan perayaan itu dihadiri oleh rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Mereka termasuklah para pegawai Kedutaan, pegawai-pegawai JPMK, pelajar-pelajar dan pegawai-pegawai syarikat yang bekerja di Mesir. Sambutan diadakan bermula pukul 6.45 pagi hingga 10.30 pagi. Kehadiran tetamu pada hari tersebut sungguh membanggakan. Sambutan dimulakan dengan bacaan takbir hari raya. Seterusnya, solat sunat aidilfitri yang dipimpin oleh Encik Zainuddin, atase kebajikan, diikuti dengan khutbah Hari Raya yang disampaikan oleh Encik Puzi bin Dahaman, sebagai tanda penghormatan beliau yang telah menamatkan kontrak dan pulang ke Malaysia. Menarinya, ketika sambutan itu, pelajar Negeri Sembilan diberi peluang sebagai pengerusi majlis, Zuhairi bin Ismail. M

Malam Ambang Syawal

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh... Pada 29 Ramadhan yang lalu bersamaan 19 September 2009, telah diadakan Program Malam Ambang Syawal bertempat di Surau RNSK. Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjemaah, diikuti dengan solat isya'. Kemudian, bacaan takbir raya oleh pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Selepas takbir raya, diadakan tazkirah pengertian syawal selama sejam oleh Ustaz Danial Farhan. Seterusnya ucapan oleh ayah (Pegawai RNSK) yang menyentuh tentang sambutan hari raya kali pertama oleh pelajar-pelajar baru, begitu juga dengan beliau dan isteri. Beliau menasihati pelajar-pelajar agar meneruskan usaha mempertingkatkan ibadah yang dilakukan pada bulan Ramdhan. Harapan beliau, agar usaha tersebut berterusan hingga datangnya Ramadhan yang seterusnya. Beliau turut meberikan beberapa lagi nasihat. Kemudian diadakan persembahan nasyid Nada Negeri yang membawa lagu-lagu baru serta irama yang lebih segar dan kontemporari. Lagu-lagu tersebut disampaikan ole