1 Dec 2010

Makluman Penting Kepada Semua Mahasiswa/wi


Satu majlis makan malam bersama rombongan YB. Dato' Abd Samad bin Ibrahim (Exco Pembangunan Modal Insan, Belia & Sukan Negeri Sembilan) akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 4hb Disember 2010 (sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan RNSK
Pakaian : Smart casual & bersesuaian
               Pakaian Batik (bagi yang menerima Sijil Penghargaan & Watikah Perlantikan)

Semua anak-anak Negeri Sembilan yang berada di Perlembahan Nil dijemput hadir di majlis tersebut.

Makluman Penting Kepada Mahasiswa/wi Qiraat sahaja


Satu seminar kecemerlangan siswa/siswi Qiraat akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh          : 4hb & 5hb Disember (Jadual program akan diedarkan kemudian)
Tempat        : Dewan RNSK
Penceramah : Ustaz Mohd Fadzli Abu Bakar
Pakaian       : Smart Casual & bersesuaian

Semua Mahasiswa/wi Qiraat tajaan MAINS adalah diwajibkan hadir.

Perhatian Penting!!!


Perhatian kepada siswa/siswi yang masih belum menghantar terjemahan pengesahan sessi 2010/11 dan terjemahan keputusan pengajian tahun 2009/2010 yang disahkan oleh pihak Education Malaysia (EM) dahulunya JPMK

Pihak MAINS masih memerlukan dokumen tersebut diatas bagi tujuan pengesahan bayaran pinjaman dan bantuan zakat.

Sila dapatkan dokumen berkenaan dan serahkan kepada Pejabat RNSK sebelum 10hb Disember 2010.

Kelewatan menghantarnya boleh menyebabkan kelewatan bayaran oleh pihak MAINS.

Sila rujuk senarai nama yang dipaparkan pada papan kenyataan yang terdapat di ruang lobi RNSK.




Sekian, harap maklum.

Pengerusi,
Majlis Tertinggi Pengurusan
Anak-anak Negeri Sembilan Mesir