26 Mar 2013

LAPORAN KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE AFTER EFFECT

LAPORAN KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE AFTER EFFECT.

          Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir dibawah kelolaan Unit Teknikal dan ICT telah menganjurkan satu kursus iaitu kursus adobe photoshop dan adobe after effect.Kursus ini telah dijalankan selama 4 hari dari tarikh 15 hingga 16 dan 22 hingga 23 Mac 2013.Ia disertai seramai 30 org peserta dari kalangan ikhwah dan akhwat yang mana kesemuanya adalah anak Negeri Sembilan sendiri.Kursus ini adalah yang julung kalinya dianjurkan oleh unit teknikal dan ICT MTPANSM.

          Antara objektif kursus ini dijalankan adalah ingin memberi pendedahan kepada anak negeri mengenai penggunaan software adobe photoshop dan adobe after effect.Selain itu,ia bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Mesir dari segi kemahiran mencipta design dan penggubahan video disamping merapatkan lagi ukhwah sesama anak-anak negeri.

           Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Firdaus bin Abdul Hadi,pelajar tahun 2 kuliah bahasa arab yang mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan kursus seperti ini.Peserta telah diajar menggunakan perisian adobe photoshop pada minggu yang pertama kursus bermula dari perkara asas sehingga mampu mereka iklan dan hasil kerja sendiri.Manakala pada minggu kedua kursus, peserta telah mula diajar menggunakan adobe after effect.Walaupun pada mulanya peserta sedikit keliru tetapi lama kelamaan masing-masing sudah mula mampu untuk menggunakannya.

          Majlis penutup kursus adobe ini telah diadakan pada hari terakhir kursus.Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan,Ustaz Muhammad Auf Bin Norzan Shah, Ketua Exco Teknikal dan ICT,Ustaz Muhamad Khairi Bin Khalid.Majlis turut disertakan dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan cenderahati kepada pengisi kursus serta cenderahati kepada pengerusi MTPANSM.Majlis berakhir pada jam 5.00 petang.

         Pihak MTPANSM berharap agar kursus ini mencapai matlamat ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan disamping menuntut ilmu dalam bidang yang mereka pelajari.

13 Mar 2013

TENTATIF KURSUS ADOBE PHOTOSHOP



JUMAAT 15 MAC 2013

7.30 PAGI      : PENDAFTARAN
8.00 PAGI      : SESI 1 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 1 )
10.00 PAGI    : REHAT 
10.30 PAGI    : SAMBUNGAN SESI 1
12.00 T/HARI : KELAS DITANGGUHKAN

SABTU 16 MAC 2013

8.00 PAGI      : SESI 2 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 2 )
10.00PAGI     : REHAT 
10.30 PAGI    : SESI 3 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 3 )
12.30 T/HARI : REHAT
2.00 PETANG : SESI 4 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 4 )
4 PETANG      : KUDAPAN DAN KELAS DITANGGUHKAN

JUMAAT 22 MAC 2013

8.00 PAGI      : SESI 5 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 5 )
10.00 PAGI    : REHAT
10.30 PAGI    : SAMBUNGAN SESI 5
12.00 T/HARI : KELAS DITANGGUHKAN


SABTU 23 MAC 2013

8.00 PAGI       : SESI 6 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 6 )
10.00PAGI      : REHAT
10.30 PAGI     : SESI 7 ( KURSUS ADOBE AFTER AFFECT 1 )
12.30 T/HARI  : REHAT
2.00 PETANG : SESI 8 ( KURSUS ADOBE AFTER AFFECT 2 )

4.00 PETANG : MAJLIS PENUTUP