Posts

Showing posts with the label Artikel Ilmiah

Insan Bernama Muhammad

Image
INSAN BERNAMA MUHAMMAD.   Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib   Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqawwam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib   Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)   Nama i...

Empire Iblis

Image
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia. Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:6...2): “Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki. Firman Allah: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga. Allah berfirman (Shaad:77-78): “Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku t...

Suci Yang Najis : Kewajipan Bagi Hati

Image
Telah berkata seorang Sufi tatkala melihat seekor anjing : "engkau najis tetapi hatimu suci dan aku suci tetapi hatiku najis". Tatkala hatimu melakukan dosa , siapa yang tahu melainkan Allah. Dirimu diamanahkan dengan seketul daging bernama hati. Ianya kecil pada saiz tetapi besar pada amanah. Hati itu jika dijaga , disemai dan dibajai dengan benih zikrullah , tumbuhlah ia dengan baik , segar dan subur kerana jauhnya ia dari kesibukkan dunia yang menipu. Tetapi jika ianya dicemari , dikotori dan diisi dengan najis maksiat , rosaklah ia , busuk sehingga tidak terhinggap dek lalat apatah lagi ulat. Jikalau Allah menzahirkan rosaknya hatimu , sudah tentu baunya tidak tertanggung oleh hidungmu , apalagi orang di sekelilingmu. Hati ini wajib dijaga , ianya mahkota pemerintah pada sebuah kerajaan. Kerajaanmu yang kecil itu akan dipertangungjawabkan di akhirat nanti. Setiap negeri akan mengadu domba pada Penciptanya. Lidahmu , telingamu , matamu , tanganmu , kakimu bahkan kem...

JADIKAN HIDUP KITA SEBAGAI KARYA AGUNG

Image
Rahsia unggul untuk kejayaan adalah, tiada rahsia untuk kejayaan. Prinsip kejayaan sudah ditemukan secara berulang kali sejak permulaan sejarah dicatatkan, dan prinsip itu ingin saya kongsikan di sini. PRINSIP 1: POTENSI DIRI KITA TIADA HADNYA Kawal minda kita sepenuhnya, dan belajar bagaimana membebaskan kuasa istimewa diri sendiri supaya dapat menarik apa jua perkara yang diinginkan dalam kehidupan kita. PRINSIP 2: MATLAMAT YANG JELAS ADALAH KUNCI UTAMA Kita perlu tahu dengan sejelasnya perkara yang diinginkan dan individu yang bagaimana kita impikan. PRINSIP 3: ILMU ADALAH KUASA Pelajari semua perkara yang perlu diketahui bagi mencapai tahap pakar dalam bidang yang diceburi. PRINSIP 4: KEPAKARAN ADALAH SUATU KEAJAIBAN Tekadkan diri kita pada hari ini demi menjadi individu cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan. Bangunkan kemahiran diri sehingga ke tahap tinggi, dan bertekad menjadi seorang daripada 10 peratus individu cemerlang dalam bidang sendiri. Aspek in...

Lilin Kehidupan

Image
Seorang budak lelaki mencari sebatang lilin untuk menerangi malam yang dingin disebabkan litar pintas. Setelah beberapa seketika mencari lilin itu, akhirnya dia menjumpai lilin yang dicarinya. Lalu, dia mengambil sebatang mancis untuk menyalakan api pada lilin tersebut. Dia sungguh gembira kerana malam kelam itu diterangi semula dengan cahaya lilin yang dinyalakan. Budak lelaki itu terus melakukan kerja hariannya dalam keadaan gembira kerana dapat diterangi cahaya semula. Akan tetapi, jangka hayat lilin itu hanya seketika. Setelah beberapa jam, lilin itu semakin cair dan akhirnya cahaya yang menerangi malam itu terpadam. Lilin itu dibuang setelah budak lelaki itu terus menyalakn lilin yang lain untuk menerangi malam yang kelam. Diri kita diibaratkan seperti lilin tersebut. Hakikatnya, kita hanya diperlukan sekiranya memberi manfaat kepada orang lain. Akan tetapi, setelah kita menerangi kehidupan orang lain dengan membuat mereka gembira, kita akan dipinggirkan dan tidak dihargai ...

KEJATUHAN KHILAFAH & KEMUNCULAN ULAMA SEKULAR

Image
Seolah-olah telah dirancang rapi setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, muncul sebuah buku ‘agama’ yang ditulis oleh ‘agamawan’ yang terang-terangan menaja ajaran sekular. Buku yang berjudul ‘al-Islam Wa al-Hukmi’ (Islam & Asas Hukum) telah ditulis oleh Syeikh Ali Abdul Raziq yang merupakan antara tenaga pengajar di al-Azhar Kaherah. Beliau memulakan karier politik kepartian dengan menjadi Naib Ketua Parti Ummah di Mesir seawal tahun 1907 dibawah seliaan Lord Cromer yang merupakan pegawai besar British ke Mesir 1877-1907. Dari situ terlihat jelas hubungan Ali Abdul Raziq dengan British. Dr. Yusuf al-Qaradhawi membidas Ali Abdul Raziq dengan ungkapannya; “Penulis buku tersebut telah mendakwa satu dakwaan yang tidak pernah diungkap oleh sesiapa sepanjang sejarah Islam. Kononnya Islam merupakan agama, bukan Negara. Islam hanyalah risalah kerohanian semata-mata. Bahkan Muhammad SAW tidak diutuskan untuk membina Negara” Buku tersebut disanggah oleh Syeikh Muhammad ...

USTAZAH, APA YANG SAYA PERLU TAHU TENTANG FIQH?

Image
Pengertian fiqh :         Fiqh menurut bahasa ialah pemahaman yang mendalam. Daripada hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad ibn Hanbal, Tirmidzi dan Ibn Majah sebagai berikut من يريد الله خيرا يفقهه في الدين. “Jika Allah menginginkan suatu kebaikan begi seseorang, Dia akan memberikan suatu pemahaman keagamaan (yang mendalam) kepadanya.” Seterusnya pegertian fiqh menurut istilah terbahagi kepada dua.            Pertama, fiqh bermaksud pengetahuan mengenai hukum-hukum syari’at yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan mukallaf (mereka yang sudah terbebani menjalankan syari’at agama), yang diambil dalil-dalilnya yang bersifat terperinci .            Kedua, fiqh bermaksu...

KEMBARA SUFI

Image
KEMBARA SUFI…. (Jauh perjalanan, luas pemandangan)  قُل سِيرُوا فِي الاَرضِ ثُمَ انظُرُوا كَيفَ كانَ عَاقِبَةُ المُكَذِّبِينَ Katakanlah (muhammad) “jelajahilah bumi,kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu”. Surah An’am (ayat 11) فَبِاَيِّ الآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَنِ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Surah Ar-Rahm...

E-MEL ANDA, CERMINAN ANDA

Image
                    Jika kita lihat pada hari ini, perkembangan pesat yang berlaku telah memaksa reformasi dalam cara pertukaran atau penghantaran maklumat dalam kalangan masyarakat umumnya, yang mana jika dahulunya kita perlu bersua muka namun kini hanya perlu duduk di depan komputer sahaja. “Electronic Mail” atau lebih dikenali sebagai semenjak tahun 1993 dengan nama “E-mail” dalam Bahasa Inggeris dan e-mel dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu alternatif pertukaran maklumat berbentuk digital secara maya yang tidak asing lagi dalam kalangan orang yang masih belajar ataupun sudah berkejaya. Penggunaannya yang tidak rumit dan cepat menjadikannya satu pilihan yang tepat bagi digunakan dalam mendepani zaman yang moden ini. Namun seringkali juga kita terdengar bahawa kerana sebuah e-mel, seseorang itu ditertawakan, dikenakan tindakan tatatertib, sehingga mampu menyebabkan rasa malu yang amat sangat kepada ...

CINTA RASULULLAH S.A.W., CINTA TERINDAH

Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. tidak terpisah. Cinta Allah s.w.t itu tujuan, cinta Rasulullah s.a.w itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah” Keyakinan kita kepada Allah s.w.t adalah atas curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan Rasulullah s.a.w. Justeru, Rasulullah s.a.w itu manusia biasa yang sangat luar biasa. Baginda tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh Allah s.w.t. Kata-katanya tidak pernah sia-sia melainkan terpandu segalanya oleh wahyu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Rasulullah s.a.w tidak berkata melainkan wahyu Allah s.w.t.” ( Surah al- Najm 53: 3-4) Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah s.a.w. kerana bagindalah insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak jatuh cinta kepada keindahan...
MOTIVASI UNTUK BERJAYA Ramai manusia yang ketika hidupnya, dia terlupa untuk merasa diri sebagai hamba. Sehinggalah akhirnya kematian datang menjemputnya, ketika itu penyesalan dengan darah mata sekalipun tidak lagi bermakna. Mereka ini adalah manusia yang mata hatinya telah dihijab oleh Allah untuk nampak kejelasan tanda-tanda-Nya yang cerah. Kerana mereka sendiri sebelumnya telah menjauhkan diri dari landasan kebenaran. Firman Allah, "Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya," surah Al-Isra' ayat 27. REDHA TUHAN = BERJAYA Kita selalu bertanya kepada diri dan orang lain. Kita tanya: Minta berikan sedikit motivasi, jalan manakah yang paling dekat dengan kejayaan? Maka saya ingin menyebut jawapan sebegini: Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita...