ACTIVITIES »

Makluman Program Terkini >>>>>>> PROGRAM IHYA' RAMADHAN >>>>

14 Feb 2012

puasa sunat&iftor jamai`e



LAPORAN EXPLORASI SINAI’12
Majlis tertinggi Pengurusan anak-anak negeri Sembilan kaherah di bawah kelolaan,Exco kesenian,kebudayaan dan sukan,telah menganjurkan Jaulah(EXPLORASI SINAI 2012) pada 7 februari-10 februari.bersamaan hari selasa-jumaat..Seramai 100 orang pelajar dari kalangan siswa dan siswi yang mana majoritinya adalah anak negeri Sembilan sendiri..Jaulah ini diadakan selama 4 hari di 3 buah tempat antaranya,SINAI,TABA dan DAHAB.Kami bertolak pada jam 3.00 pg,7februari2012,menuju destinasi yang pertama iaitu taba.Sebelum sampai ke destinasi pertama kami singgah di Sinai rest house bagi menunaikan solat subuh.Kemudian rombongan bas,bertolak menuju destinasi pertama iaitu Taba.Perjalanan menuju ke taba  mengambil tempoh masa yang lama,begitu juga destinasi yang lain.

     

Destinasi yang pertama kami tiba adalah Taba,kawasan yang gersang sekelilingnya,di sana terdapat Qol’ah solahuddin alayubi,untuk menuju ke sana kami perlu menaiki boat(flash boat),qol’ah solahuddin adalah salah satu tempat sejarah yang ternama di seluruh pelosok dunia.selesai melawat qol’ah solahuddin kemudian kami bergerak menuju ke saint Katherine,yang mana merupakan tempat penginapan kami pertama,sebelum kami mendaki jabal musa pada malamnya.kemudian,kami semua dibawa melawat  tempat Wadi arbain,dan kami juga di perlihatkanbatu yang mana keluarnya air disebabkn dari ketukan tongkat nabi musa..satu perkara yang amat menakjubkan.subhanallah.kemudian kami semua bergerak ke tempat penginapan..Pada jam 1pagi kami bergerak ke jabal musa..berkumpul di sana.Dan kira-kira jam 2 pagi kami  semua mula mendaki secara beramai-ramai.Alhamdulillah majoritynya sampai ke puncak jabal musa,apa yang ingin dikatakan,cuaca yang terus berubah mendadak,sehinggakan terpakse menyewa selimut daripada peniaga-peniaga arab di situ.pelbagai kerenah dan ragam dapat dilihat.

Jabal musa merupakan tempat suci di dataran Sinai.Di sinilah Nabi ALLAH Musa a.s berbicara dengan Allah sepertimana yang termaktub dalam alquran.Setelah selesai aktiviti  mendaki jabal musa kami bertolak ke destinasi yang seterusnya,yang paling kami nanti-nantikan,iaitu Dahab..Kami berada di dahab selama 2 hari.Dalam perjalanan menuju ke dahab kami singgah sebentar di makam nabi Harun a.s dan Tempat dimana terdapatnya pantulan lembu samiri.