Posts

Showing posts from February, 2012
Image
MOTIVASI UNTUK BERJAYA Ramai manusia yang ketika hidupnya, dia terlupa untuk merasa diri sebagai hamba. Sehinggalah akhirnya kematian datang menjemputnya, ketika itu penyesalan dengan darah mata sekalipun tidak lagi bermakna. Mereka ini adalah manusia yang mata hatinya telah dihijab oleh Allah untuk nampak kejelasan tanda-tanda-Nya yang cerah. Kerana mereka sendiri sebelumnya telah menjauhkan diri dari landasan kebenaran. Firman Allah, "Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya," surah Al-Isra' ayat 27. REDHA TUHAN = BERJAYA Kita selalu bertanya kepada diri dan orang lain. Kita tanya: Minta berikan sedikit motivasi, jalan manakah yang paling dekat dengan kejayaan? Maka saya ingin menyebut jawapan sebegini: Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita