Posts

Showing posts from February, 2015

ZIARAH MAKAM

Image
LAPORAN ZIARAH MAKAM Pada hari Sabtu, 31 Januari 2015 yang lalu bersamaan 11 Rabi’ul Akhir 1436 Hijrah, Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/15 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan telah menganjurkan ziarah makam di sekitar Kaherah. Anak-anak  Negeri Sembilan Kaherah Mesir seramai 45 orang dan 4 buah tremco serta 1 tremco rombongan dari Malaysia telah menyertai program ini.                 Tujuan ziarah makam ini diadakan adalah untuk mengenali ulama’ dan auliyaa’ terdahulu serta menambahkan lagi rasa cinta terhadap mereka. Selain itu, program ini juga dapat saling mengeratkan silaturrahim antara ahli.                 Ziarah bermula pada jam 9 pagi dan dikondusikan oleh Saudara Hafiz bin Zainal Abidin, Kuliah Tahun 4, Lughah, Universiti Azhar. Sebanyak  10 makam utama telah diziarahi antaranya ialah Maqam Imam Muhammad bin Idris As-Syafie, Maqam Imam Ibnu ‘Athoillah Al-Askandariy, dan Maqam Sayyid Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari .                 Semasa zia