Posts

Showing posts from January, 2010

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki

Image
Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki Tarikh  : 21/1/2010 Khamis Lokasi : Dewan SAQAJ, Rumah Negeri Sembilan Kaherah Masa   : Selepas Isya' Biografi al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki al-Azhari Hafizahullah. Memberikan sumbangan yang amat besar kepada Umat Islam Malaysia. Pernah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 1427 Hijriyyah. Pelopor kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Madrasah Husainiah, Madrasah Hasaniah, Pusat Tahfiz al-Quran dan Hadith, Darul Maliki dan penubuhan Universiti al-Azhar (Cawangan Malaysia). Antara kitab-kitab yang pernah beliau mengajar ialah: Tafsir Jalalain, Tafsir Nur al Ihsan, Al Syifa’ bi Ta’rif Huquq al Mustofa, Al Syamail al Muhammadiah, Al Azkar Imam Nawawi, Nasoih al Diniyyah wa al Wasaya al Imaniyyah, Aqidah al Awam, Aqidah Islam Imam al Ghazali, Safinah al Najah, Hikam Ibni Ataillah, Hikam Abi Madyan, Hikam Ibni Raslan, Minhaj al Abidin, Qatr al Ghaithiyyah, T

Isu Nama ALLAH : Sekadar Pandangan

Image
Saya terpanggil untuk menulis mengenai isu ini walaupun sebenarnya saya tidak ingin membicarakan isu ini secara bertulis memandangkan isu ini telah dibicarakan oleh ramai tokoh dalam negara antara yang pro dan kontra. Masing-masing telah mengemukakan pandangan berserta dengan hujah dan dalil. Oleh itu, bagi saya lebih baik berdiam diri sambil membaca dan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan di samping membuat penilaian berbekalkan ilmu yang ada. Namun saya melihat isu ini gagal ditangani dengan baik sehingga membawa kepada tindakan keganasan yang melibatkan gereja yang dibakar sebagaimana yang kita baca menerusi akhbar baru-baru ini. Sepatutnya perkara ini tidak perlu berlaku kerana ia akan membawa impak yang lebih negatif di masa akan datang dan saya khuatir itulah yang akan berlaku. Namun tindakan membakar gereja ini dilihat berpunca daripada isu yang tidak ditangani dengan baik. Kerana itu, saya mengajak sidang pembaca menilai isu ini dari

Sesi Motivasi

Image
MANTAP! Itulah deskripsi utama yang boleh disimpulkan melalui sesi motivasi yang diadakan di Surau RNSK semalam bersamaan 7 Januari 2010 selepas isyak. Bersempena dengan musim imtihan yang menjelang tiba, pihak pengurusan Rumah Negeri Sembilan Kaherah berhasrat untuk menganjurkan sesi motivasi ringkas untuk anak-anak Negeri Sembilan bagi meningkatkan semangat masing-masing untuk menghadapi peperiksaan. Sesi motivasi yang dijalankan secara santai dan relax itu disampaikan oleh Prof. Dr. Hassan Basri, Pengarah Department Malaysian Studies, Cairo University. Majlis pada malam itu dimulakan dengan ucapan Ayahanda, Tuan Hj. Mohd. Zin bin Abu. Sesuatu yang menarik mengenai ucapan Ayahanda ialah beliau mengambil kata-kata dari Profesor Diraja Ungku Aziz: Pemikiran orang Melayu ni cukup cantik. Cuma dibonsaikan... Apakah maksud dibonsaikan ? Marilah kita selaku anak Melayu yang menuntut ilmu sama-sama fikirkan. Semoga kita dapat memanfaatkan akal dan minda kurniaan Allah untuk kesejahte