Posts

Showing posts from 2012

Puasa Sunat Hari Arafah

Assalamualaikum sahabat-sahabat Ukhwah NS. Moga kita semua di bawah naungan rahmat Allah s.w.t. "Hari Arafah" (9 Zulhijah) merupakan hari bagi jemaah haji berhimpun di padang Arafah. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut, supaya mereka dapat "berwukuf" (yang dipenuhi dengan doa dan istighfar) dengan penuh bertenaga dan tidak letih lesu. Manakala umat Islam yang tidak berkesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W : عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ رواه مسلم Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu Baginda menjawab: "Puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa yang dilakukan pada tahun yang sebelumnya dan tahun yang ada ini."( Riwaya

PERHATIAN!

ETIKA PEMAKAIAN MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN MAHASISWA/WI 2012 (MKAP) DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWAA/WI BARU 2012/2013 (PSMB) Berikut adalah piawai pemakaian yang telah ditetapkan dibenarkan semasa MKAP berlangsung :- EXCO MTP LELAKI -Baju batik dan jaket MTP -Berkasut -Berpakaian kemas dan menutup aurat     PEREMPUAN -Jubah (warna maroon) -Berkasut -Berpakaian kemas dan menutup aurat EXCO MKAP DAN PSMB LELAKI -Baju batik -Berkasut -Berpakaian kemas dan menutup aurat PEREMPUAN -Baju kurung/jubah (pink) -Berkasut Berpakaina kemas dan  menutup aurat GRADUAN AKHIR LELAKI -Kemeja, bertali leher dan berkot. -Berkasut Berpakaian kemas dan menutup aurat PEREMPUAN -Baju kurung/jubah (biru) dan bertudung biru. -Berkasut -Berpakaian kemas dan menutup aurat. PENERIMA HADIAH LELAKI -Baju melayu lengkap dan bersamping -Berkasut -Berpakaian kemas dan menutup aurat PEREMPUAN -Baju kurung/jubah  -

Majlis Kecermelangan Pelajar 2012

Image
dijemput kehadiran anak-anak negeri sembilan dapat memeriahkan majlis ini. tempat : Sally Mall tarikh : 10 Oktober 2012 ( Rabu ) masa : Bermula jam 6 petang

PERHATIAN.GOTONG-ROYONG PERDANA.

Image
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. PERHATIAN!!! ----------------------------------------------------------------------------------------------------- GOTONG-ROYONG PERDANA  SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BAHARU SESI 2012/13 J angan lupa mau'id/temujanji kita pada ISNIN 10 SEPTEMBER 2012 bermula pada jam 9.00 PAGI. Insy Allah kita akan sama-sama membersihkan sekitar halaman hadapan dan belakang RNSK , dan selepas itu kita akan membersihkan apartmen masing-masing. Diharapkan semua ahli MTPANSM dapat memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan GOTONG-ROYONG PERDANA ini. Kehadiran anda adalah WAJIB bagi menunaikan hak ukhuwwah sesama kita. Ganjaran besar menanti anda semua disisi Allah S.W.T, Insya Allah. Segala kerjasama kami dahului dengan ucapan terima kasih Wallahu Yubarik Fikum wa Fina.Aamiin.

Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.. Perhatian kepada semua ahli MTPANSM anda semua diundang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Sembilan.  Pada : 1 September 2012 Masa : 12.00 tengah hari - 6.00 petang Sehubungan dengan itu , diharap kepada semua ahli untuk berkhidmat secara sukarela dalam Gotong-royong pada 31ogos & 1 September 2012. Segala kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.. Perhatian kepada semua ahli MTPANSM anda semua diundang ke Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Sembilan.  Pada : 1 September 2012 Masa : 12.00 tengah hari - 6.00 petang Sehubungan dengan itu , diharap kepada semua ahli untuk berkhidmat secara sukarela dalam Gotong-royong pada 31ogos & 1 September 2012. Segala kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.

Pengumuman Penting

Perhatian kepada pelajar yang telah keluar natijah masing-masing diminta membuat urusan penyambungan zakat secepat mungkin. Borang boleh diupload dalam blog (  http://www.baitulmalns.gov.my/  ) Harap dapat beri kerjasama.

Jemputan Majlis Penutupan PITT 2012

Assalamualaikum w.b.t.. Kepada pelajar tajaan MAINS yang pulang bercuti di Malaysia, dijemput menghadiri Majlis Penutupan PITT 2012 pada 30 Ogos 2012 hari Khamis jam 9.00 pagi yang akan disempurnakan oleh Y.A.B MB Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban. Pakaian Baju Melayu lengkap bagi lelaki, dan pakaian sopan bagi perempuan. ( sekalikan dengan jamuan raya) Sila maklumkan kehadiran di Pejabat SMATT untuk tempahan meja. Sila hubungi di talian 06-6751903 (Ustazah Syarifah Khalijah, Ustazah Syarifah Munirah dan Ustazah Azma) pada atau sebelum  17 Ogos 2012.   Untuk majlis tahun ini, pihak SMATT mohon wakil pihak Mesir dan Jordan untuk sediakan teks ucapan. (untuk permohonan bantuan yang diperlukan oleh pelajar). Pihak SMATT mohon dicalonkan seorang wakil pelajar untuk memberi ucapan aluan wakil pelajar tajaan MAINS di Timur Tengah semasa majlis nanti. Tahun ini S.U MAINS tidak berucap untuk beri laluan kepada pelajar. Harap dapat beri kerjasama secepat mungkin.

DAURAH SOIFIYYAH 2012

Image

Permohonan Bantuan Zakat Pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS 2012 dan Permohonan Lanjutan Pinjaman dan Zakat Pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS 2012

Borang Permohonan Bantuan Zakat Pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS 2012 dan Borang Permohonan Lanjutan Pinjaman dan Zakat Pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS 2012 boelh dimuat turun (download) di link yang berikut :  http://www.baitulmalns.gov.my/  di pautan "borang" dan pautan "muat turun"..  Bagi mereka yang pulang ke Malaysia, mereka perlulah menghantar sendiri borang mereka tersebut melalui pos ke alamat yang telah dinyatakan. Tarikh akhir adalah 31 Ogos 2012.  Bagi mereka yang tidak pulang ke Malaysia bolehlah diserahkan kepada MTPANSM sebelum 31 Ogos 2011. Bagi permohonan lanjutan pinjaman dan zakat, pemohon hanya perlu mengisi Borang Permohonan Lanjutan Pinjaman dan Zakat Pengajian Tinggi Timur Tengah MAINS 2012.  Diharapkan agar semua dapat memberikan kerjasama bagi memudahkan pengurusan permohonan.

JADUAL IMTIHAN SYAFAWI (IKHWAH)

Image
JADUAL IMTIHAN SYAFAWI KULIYAH LUGHAH ARABIAH   JADUAL IMTIHAN SYAFAWI KULIYAH SYARIAH ISLAMIYAH   *TARIKH SYAFAWI UNTUK KULIYAH USULUDDIN TAHUN 1,2,3 : 15MEI 2012 - Bittaufiq wannajah untuk semua EXCO PENDIDIKAN MTPANSM 2012                                                

BULETIN MUTHAQQAF

Image
Assalamualaikum.. Disamping kehangatan dengan kitab kuliyah masing-masing,,... BULETIN MUTHAQQAF Edisi ke 2 keluaran Mei akan diterbitkan.. Sila dapatkan dengan segera di sya'ah masing-masing.  PERCUMA! Jika anda bercadang untuk memilikinya menjadi hak persendirian, jangan ketinggalan untuk menempahnya hanya dengan harga LE2.50.. Sebarang tempahan atau persoalan, boleh merujuk kepada Us. Khairuddin Norizan (bagi ikhwah), dan Dr. Khairunnajwa Ali (bagi akhwat).   " KE ARAH ISLAH DAN TAJDID " UNIT PENULISAN, EXCO PENDIDIKAN MTPANSM 2012  

Jom Jadi Pelajar Muslim Cemerlang!

Image
Kaefa haalukum? Dah bersedia untuk menghadapi imtihan? Di sini terdapat beberapa tips menjadi pelajar cemerlang,dengan lafaz bismillah…jom kita sama-sama praktik dan amalkan..! 1)         Memperbetulkan dan meluruskan niat - iaitu belajar untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. - Dunia adalah tempat persinggahan sebelum menuju kehidupan kita yang sebenar- akhirat, tanpa niat yang soleh dalam setiap amalan kita, maka tiadalah nilainya di sisi ALLAH swt. Ciri-ciri pelajar yang mempertulkan niat: - Bersungguh-sungguh dan fokus dalam setiap amalan. - Tetap menjaga hubungan dengan ALLAH walaupun setelah selesai imtihan dan mengisi waktu dengan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada iman. Ciri-ciri pelajar yang tidak memasang niat yang soleh: - Tidak bersungguh-sungguh. - Setelah selesai imtihan mereka mula melupakan ALLAH dengan melakukan perkara-perkara lagha dan maksiat menonton movie,ikhtilat dan membazir waktu dengan perka-perkara yang tidak berfaedah se