Posts

Showing posts from October, 2010

Iklan & Video Promo Bazar Noghori 2010

Image

Majlis Sanah Helwa

Assalamualaikum..... Rumah Negeri Sembilan Kaherah akan mengadakan Majlis Sanah Helwa seperti ketetapan berikut: Hari      : Khamis Masa    : Lepas Maghrib Tempat : Dewan Syeikh Abdul Qadir Jailani Majlis diadakan untuk meraikan anak-anak negeri sembilan yang lahir pada bulan 7 ,  8 , 9 , 10 . Diharap semua anak-anak Negeri Sembilan dapat hadir untuk memeriahkan majlis. Jamuan disediakan..

Perhatian atas peringatan penting sebelum ini.

Kepada pelajar-pelajar tajaan/bantuan MAINS yang sudah pulang ke Mesir dari bercuti di Malaysia, anda hendaklah memaklumkan kepulangan anda kepada pihak pengurusan Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) bagi memudahkan urusan pembayaran tajaan/bantuan. Bagi yang masih belum pulang adalah diingatkan tarikh terakhir kepulangan anda adalah sebelum 31/10/2010. Sekian, Pengerusi, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir

LAPORAN MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN ANAK-ANAK N.SEMBILAN MESIR 2010

Image
 Khamis, 14 Oktober 2010 - Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan dibawah Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak N.Sembilan telah menganjurkan  Majlis Kecemerlangan dan Penghargaan Mahasiswa dan Mahasiswi 2009/2010 di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).Majlis bermula  pada pukul 8.10 malam  yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Jamil bin Hashim selaku Pengarah Jabatan Penuntut  Malaysia Kaherah.Turut dihadiri tetamu kehormat En.  Khairi bin Jalalluddin,En. Zulkifli bin Din,Ustaz Mohamad Ibrahim(Pengarah Akademik Ketaby),ibunda Hajah Habsah bt Omar dan ibu bapa dari kalangan mahasiswa akhir pada tahun ini.                

HARI KELUARGA RNSK 2010

‘JALINAN KASIH MEMBINA UKHUWAH’, tema yang dipilih AJK Pelaksana Program Hari Keluarga Negeri Sembilan pada tahun ini dengan lagu ‘Kasih Sayang’ nyanyian kumpulan INTEAM dan Allahyarham UST ASRI RABBANI sebagai lagu tema pembakar semangat bagi mencapai objektif menyemai ukhuwah para peserta.

Petikan Ucapan Syeikhul Azhar

.::: HuMaiR :::.: Petikan Ucapan Syeikhul Azhar : "Syeikhul Azhar ketika berucap sempena konvokesyen 2010. Menerusi entri kali ini, saya menterjemahkan petikan ucapan Syeikhul Azhar al-Imam..."

Peringatan kepada mereka yang masih bercuti di Malaysia

Image
Pekililing baru kepada semua pelajar-pelajar N.Sembilan yang bercuti di Malaysia. Pihak MAINS telah memutuskan TARIKH TERAKHIR para pelajar tajaan untuk pulang semula ke Mesir bagi mengikuti pengajian adalah pada 30/10/2010. Hal ini memandangkan pengajian telah bermula 2 minggu yang lepas. Kegagalan anda semua untuk pulang sebelum tarikh tersebut akan menyebabkan tajaan anda berbentuk pinjaman/zakat akan ditahan. Yang Benar, Pengerusi Majlis Tertinggi Pengurusan

Majlis Kecemerlangan & Penghargaan Mahasiswa/wi 2010

Image

PENGUMUMAN : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MAHASISWA/WI NEGERI SEMBILAN 2010

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakaatuh...... Untuk pengetahuan semua, Unit Kesenian, Kebudayaan dan Sukan dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa/Mahasiswi Negeri Sembilan bagi sesi 09/10. Majlis tersebut akan diadakan pada: