Posts

Showing posts from November, 2014

Program Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM 14/15 & Sijil Penghargaan MTPANSM 13/14, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa

Image
16 NOVEMBER 2014, AHAD -  Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Program ‘Taklimat Keselamatan, Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan MTPANSM sesi 2014/2015 & Sijil Penghargaan MTPANSM sesi 2013/2014, Majlis Meraikan Pengantin Baharu dan Majlis Sanah Helwa dengan meriahnya di perkarangan Dewan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK). Program telah bermula pada jam 7.10 petang dan berakhir pada jam 9.30 malam. Program turut diserikan dengan kehadiran Encik Zalazfian, Warden Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK). Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Al-Ghazalli bin Abdol Malek , disusuli dengan ucapan oleh Saudara Abdul Rahim bin Sabtani, Pengerusi MTPANSM sesi 2013/2014. Beliau berterima kasih dengan pengurusan dan gerak kerja kepimpinan sesi tersebut dan berharap konsistensi program-program ilmiah serta aktiviti yang berasaskan kebajikan mahasiswa dapat diteruskan dan ditam