Posts

Showing posts from March, 2014

Ziarah Mahabbah Tanta dan Mansurah

Image
16 Mac 2014, Sabtu: MTPANSM telah mengadakan sesi Ziarah Mahabbah kali ke kedua pada tahun ini di Tanta dan Mansurah pada 15 Mac 2014 selepas Ziarah Mahabbah ke Iskandariah pada 1 Mac 2014 yang lepas. Program ini bertujuan untuk melawat tempat dan mengenali dengan lebih dekat anak-anak Negeri Sembilan yang menuntut di Mesir. Selain itu, program ini juga mengenalkan anak-anak Negeri Sembilan kepada Pegawai Khas Kebajikan Pelajar atau nama jawatan yang baru diberi iaitu Atase Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Hamid bin Jaman yang baru berkhidmat sejak Oktober 2013 yang lalu.
                Delegasi Khas MTPANSM diketuai oleh Atase Pendidikan bersama isteri serta Pengerusi, Timbalan Ketua HEWI dan beberapa wakil ketua dan timbalan exco MTPANSM. Ziarah ini dimulakan dengan melawat penempatan mahasiswa Fakulti Al-Quraan, Qiraat wa Ulumiha berdekatan dengan Universiti Al-Azhar, Tanta. Negeri Sembilan mempunyai 3 orang mahasiswa yang menuntut di dalam fakulti ini. Mereka tidak me…

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MUMTAZ III & MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR 2013

Image
Khamis, 13 Mac 2014 : Saban tahun, MTPANSM mengadakan Majlis Kecemerlangan Pelajar (MKAP) untuk meraikan para graduan dan menghargai mahasiswa/I yang memperoleh keputusan cemerlang pada setiap tahun. Pada tahun ini, MKAP diadakan sedikit lewat daripada jadual yang ditetapkan kerana cuti musim panas yang dipanjangkan oleh kerajaan Mesir. Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) menjadi saksi majlis bersejarah pada kali ini.


Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Exco Dakwah dan Tarbiah MTPANSM. TYT Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Mesir  dan Palestin sampai di RNSK awal daripada jadual dan meminta pihak RNSK membuat Solat Hajat untuk keselamatan penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Majlis juga diserikan dengan Prof Madya Mohd Radhi bin Ibrahim, Menteri Penasihat Pendidikan bersama isteri, Encik Anuar bin Idris, Atase Pendidikan Melaka dan Encik Azhar bin Salleh, Atase Pendidikan Kelantan.
Majlis dimulakan pada 7.15 p…