Posts

Showing posts from 2013

KELAS TUTORIAL SYATIBI FASAL 1

Image
Pada hari Sabtu bersamaan 7 Disember, Kelas Tutorial Syatibi Fasal 1 telah bermula sebagai persediaan kepada mahasiswa & mahasiswi untuk menghadapi peperiksaan yang mungkin akan bermula pada hujung Disember ini. Sehubungan dengan itu, sebanyak 49 madah telah disediakan untuk para mahasiswa dan mahasiswi untuk membantu pembelajaran mereka. Kelas tutorial ini dikelolakan oleh Syatibi Centre dan kebanyakan tenaga pengajar kelas tutorial ini terdiri daripada mahasiswa & mahasiswi yang sedang mengambil Master di Mesir. Selain itu, Kelas Tutorial ini merupakan antara permulaan program Projek MUMTAZ siri ke III sesi 2013/2014. Semoga dengan usaha ini, akan lahir anak-anak Negeri Sembilan yang cemerlang serta boleh memberi manfaat kepada masyarakat. sekitar kelas tutorial 1 sekitar kelas tutorial 2 pensyarah memberi penerangan sekitar kelas tutorial 3 sekitar kelas tutorial 4 sekitar kelas tutorial 5

PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM SEJUK

Image
Bismillahirahmanirrahim…. Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan (MTPANS) di bawah Exco Kebudayaan,Kesenian dan Sukan telah menganjurkan satu program jaulah ke Abu Alak pada 27 November yang lalu.  Seramai lebih kurang 50 orang mahasiswa/wi telah mengikuti jaulah ini bertujuan untuk membeli baju sejuk bagi menghadapi musim sejuk yang bakal kunjung tiba. mahasiswi memilih pakaian yang sesuai Para mahasiswa/wi bergerak daripada rumah negeri dengan menaiki dua coster pada jam 6.00 malam dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 7.00 malam.  Jaulah ini telah dihadiri sendiri oleh Tuan Abdul Hamid bin Jaman selaku Pegawai Khas Anak-Anak Negeri Sembilan Timur Tengah .  Para pelajar diberi masa lebih kurang dua jam untuk mencari pakaian pemanas badan di sekitar dataran abu alak.  Pelajar mula berkumpul sekitar jam 9.00 malam untuk bersiap-siap pulang ke rumah negeri.  Jaulah ke Abu Alak berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.  Pelajar selamat tiba ke rumah negeri se

PROGRAM SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU 2013/2014

Image
 Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) telah menyambut ketibaan para pelajar baru seramai 32 orang di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada 5 November yang lalu. Sehubungan dengan itu, Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru (PSMB) yang telah dirangka rapi sebelumnya telah dilaksanakan bermula pada 5 November hingga 8 November 2013. Objektif program ini adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah dan bertanggungjawab selain memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan dan aktiviti sosial di Mesir serta mengeratkan ukhwah sesama kelompok siswa dan siswi anak-anak Negeri Sembilan di Mesir. Bertemakan “Ukhwah Abadi , Lestari Akal Budi”, agenda tahunan ini dipenuhkan dengan pelbagai slot-slot menarik dan program-program yang baik yang mampu membantu para pelajar baru agar lebih bermotivasi dan bersiap siaga untuk menghadapi kehidupan baru di bumi Anbia’ ini. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh 4

Ifthor Jamie Puasa Sunat Hari Asyura serta Majlis Ramah Mesra Pegawai Khas Kebajikan Pelajar Anak-anak Negeri Sembilan Mesir

Image
14 NOVEMBER 2013-Khamis, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM ) telah mengadakan Ifthor Jamie sempena Hari Asyura dan Majlis Ramah Mesra Pegawai Khas Kebajikan yang baharu bersama isteri. Program ini dapat mengumpulkan anak-anak Negeri Sembilan sekitar Kaherah di musolla Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK). Alunan qasidah daripada anak Negeri Majlis dimulakan dengan berbuka puasa secara sederhana, seterusnya Solat Maghrib secara berjemaah dan bacaan Surah Yasin. Juadah berbuka puasa yang disediakan oleh penghuni RNSK secara ‘pot-luck’ dihidangkan dalam dulang turut disertai oleh pegawai. Alunan madeh ‘Ya Kitab Al-Ghuyub’ menjadi halwa telinga permulaan Majlis Ramah Mesra. Tuan Haji Abdul Hamid bin Jaman, Pegawai Khas Kebajikan yang baru bersama isteri, Puan Hajjah Hamidah bt Puteh telah menjejakkan kaki ke bumi Anbia’ pada 10 November 2013. Beliau merupakan bekas pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) telah dilantik oleh Mente

SKIM PINJAMAN DAN BANTUAN ZAKAT BAGI PELAJAR TAJAAN DAN PERSENDIRIAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Image
SKIM PINJAMAN DAN BANTUAN ZAKAT BAGI PELAJAR TAJAAN DAN PERSENDIRIAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

LAPORAN KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE AFTER EFFECT

LAPORAN KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE AFTER EFFECT.           Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir dibawah kelolaan Unit Teknikal dan ICT telah menganjurkan satu kursus iaitu kursus adobe photoshop dan adobe after effect .Kursus ini telah dijalankan selama 4 hari dari tarikh 15 hingga 16 dan 22 hingga 23 Mac 2013.Ia disertai seramai 30 org peserta dari kalangan ikhwah dan akhwat yang mana kesemuanya adalah anak Negeri Sembilan sendiri.Kursus ini adalah yang julung kalinya dianjurkan oleh unit teknikal dan ICT MTPANSM.           Antara objektif kursus ini dijalankan adalah ingin memberi pendedahan kepada anak negeri mengenai penggunaan software adobe photoshop dan adobe after effect .Selain itu,ia bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Mesir dari segi kemahiran mencipta design dan penggubahan video disamping merapatkan lagi ukhwah sesama anak-anak negeri.            Kursus ini telah disampaikan oleh Us

TENTATIF KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

JUMAAT 15 MAC 2013 7.30 PAGI      : PENDAFTARAN 8.00 PAGI      : SESI 1 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 1 ) 10.00 PAGI    : REHAT  10.30 PAGI    : SAMBUNGAN SESI 1 12.00 T/HARI : KELAS DITANGGUHKAN SABTU 16 MAC 2013 8.00 PAGI      : SESI 2 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 2 ) 10.00PAGI     : REHAT  10.30 PAGI    : SESI 3 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 3 ) 12.30 T/HARI : REHAT 2.00 PETANG : SESI 4 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 4 ) 4 PETANG      : KUDAPAN DAN KELAS DITANGGUHKAN JUMAAT 22 MAC 2013 8.00 PAGI      : SESI 5 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 5 ) 10.00 PAGI    : REHAT 10.30 PAGI    : SAMBUNGAN SESI 5 12.00 T/HARI : KELAS DITANGGUHKAN SABTU 23 MAC 2013 8.00 PAGI       : SESI 6 ( KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 6 ) 10.00PAGI      : REHAT 10.30 PAGI     : SESI 7 ( KURSUS ADOBE AFTER AFFECT 1 ) 12.30 T/HARI  : REHAT 2.00 PETANG : SESI 8 ( KURSUS ADOBE AFTER AFFECT 2 ) 4.00 PETANG : MAJLIS PENUTUP

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

Image

Senarai Nama Ahli untuk Setiap Kumpulan HKN9

Berikutan merupakan pembahagian kumpulan dalam Hari Keluarga RNSK 2013.         KUMPULAN 1                                      BATU HAMPAR (TOMPAR) IKHWAH 1.            ABDUL RAHIM BIN SABTANI  (K) 2.            MUHAMMAD BIN OMAR 3.            MUHAMMAD FARHAN BIN OMAR 4.            AKMAL HAKIM BIN MUHD MUHSIN 5.            ABU HUZAIFAH BIN PAHIM 6.            ABDUL RAHMAN BIN SALEH 7.            MOHD HAFIZ BIN MOHD GHAZALI 8.            MUHD ANSARALLAH BIN ABD.  RAHMAN 9.            AHMAD ZAKWAN BIN ABDUL RAHMAN 10.          MOHD AIZAT BIN JAHAYA 11.          MUHD ZUHAILIE BIN MOHD DZAHID 12.          ABDUL QAIYUM BIN SHAMSUDDIN 13           MOHD ABDUL AZIZ BIN IDRIS 14.          KHAIRUL AMAL BIN ZULKIFLI 15.          MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN NORIZAN 16.          AMEER HAZIQ BIN HARUNARRASHEED 17.          SUFIAN BIN ZAINUDIN 18.          MOHD MERWAN BIN ABDUL KADIR 19.          MOHD FAIZUL AKMAL BIN ZAINUDDIN 20.          AHMAD HANAFI

LAPORAN PROGRAM MAJLIS PENGHARGAAN PERUBATAN (MPP) Generasi I

Image
19 FEBRUARI 2013- Selasa, Exco Kebajikan Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) telah mengadakan Majlis Penghargaan Perubatan Generasi I yang bertempat di musolla Rumah Anak-Anak Negeri Sembilan. Program ini merupakan upacara kali pertama diadakan oleh MTPANSM selama penubuhan persatuan ini. Dari kiri: Ain Arshad, Safura Idris, Duratul'ain, Roamadona (Graduan) , Auf (Pengerusi MTPANSM), Rahim Rahman (Pengerusi Majlis)           Pada tahun 2006, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menghantar sejumlah anak-anak Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di bumi Mesir. Selama 6 tahun dan 5 bulan, mereka berjuang dalam medan ilmu, akhirnya lahirlah 13 orang graduan yang menggulung Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan. Mereka terdiri daripada 4 orang lelaki dan 9 orang perempuan.          MPP kali pertama ini diadakan dengan sambutan yang ringkas tapi bermakna untuk para graduan. MPP dimula

tentatif HKNS 2013

Tentatif Program Hari Keluarga 2013 Jumaat, 22 Februari 2013 8 : 00 – 10 : 30       Majlis Perasmian                                     - Ucapan Pengarah Program                                     - Ucapan Perasmian Pengerusi MTPANS                                     - Ucapan Wakil Pegawai Negeri Sembilan       - Penyampaian Watikah Perlantikan Ketua Kumpulan         Dan Penyerahan bendera Kumpulan       - Cabutan tentang hari dakwah kreatif                                     - Sambutan Sanah Helwa dan pemotongan kek                                     - Penyampaian hadiah bagi Mutazauwijin.                                     -Majlis Bersurai Sabtu, 23 Februari 2013 5 : 00 - 6 :00          Solat Subuh                                    Tazkirah Subuh ( Kump 1 ) 7 : 00 - 7 : 30          Khidmat diri & Sarapan Sendiri 7 : 45 – 12 : 30        Sukaneka 12 :30 – 3:30          Rehat 3 : 30 – 5 : 30         Liga Ikhwah – Ping pong , Takro