Posts

Showing posts from July, 2014

LAWATAN KERJA WAKIL PEGAWAI LAWATAN MAINS DAN YAYASAN SOFA PEMBENTANGAN KAEDAH MENGISI BORANG ZAKAT SECARA 'ONLINE'

Image
Pada hari Rabu bersamaan 23 Julai, 2014 Rumah Negeri Sembilan Kaherah telah menerima kunjungan lawatan kerja wakil pegawai  Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS ), Ustaz Omar Mokhtar bin Yunus serta Yayasan Sofa. Tujuan utama lawatan ini disamping menziarahi para mahasiswa/wi Negeri  Sembilan adalah untuk menerangkan kepada semua mahasiswa/wi  tajaan  kerajaan Negeri Sembilan taklimat tentang kaedah mengisi borang zakat secara atas talian. Hal ini memerlukan penerangan dan pendedahan yang jelas bagi mengurangkan ketidakfahaman mahasiswa/wi dalam membuat permohonan baru dan lanjutan zakat bagi meneruskan baki pengajian di Mesir ini. Antara isi penting yang dijelaskan oleh Ustaz Omar adalah permohonan  zakat sama ada permohonan baru ataupun permohonan lanjutan zakat adalah wajib bagi kesemua mahasiswa/wi  tajaan penuh MAINS ataupun persendirian bagi yang mahu memohon bantuan zakat Negeri Sembilan . Bagi sesi kali ini, kesemua mahasiswa/wi dikehendaki mengisi k