JADIKAN HIDUP KITA SEBAGAI KARYA AGUNG



Rahsia unggul untuk kejayaan adalah, tiada rahsia untuk kejayaan. Prinsip kejayaan sudah ditemukan secara berulang kali sejak permulaan sejarah dicatatkan, dan prinsip itu ingin saya kongsikan di sini.

PRINSIP 1: POTENSI DIRI KITA TIADA HADNYA
Kawal minda kita sepenuhnya, dan belajar bagaimana membebaskan kuasa istimewa diri sendiri supaya dapat menarik apa jua perkara yang diinginkan dalam kehidupan kita.

PRINSIP 2: MATLAMAT YANG JELAS ADALAH KUNCI UTAMA
Kita perlu tahu dengan sejelasnya perkara yang diinginkan dan individu yang bagaimana kita impikan.

PRINSIP 3: ILMU ADALAH KUASA
Pelajari semua perkara yang perlu diketahui bagi mencapai tahap pakar dalam bidang yang diceburi.

PRINSIP 4: KEPAKARAN ADALAH SUATU KEAJAIBAN
Tekadkan diri kita pada hari ini demi menjadi individu cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan. Bangunkan kemahiran diri sehingga ke tahap tinggi, dan bertekad menjadi seorang daripada 10 peratus individu cemerlang dalam bidang sendiri. Aspek ini dapat membantu kita melebihi daripada segala perkara yang lain.

PRINSIP 5: ADAB PENENTU SEGALANYA
Jadilah individu yang positif sepenuhnya, supaya individu lain senang dan mahu bercampur dengan kita, serta membantu kita.


PRINSIP 6: KITA ADALAH GENIUS
Bebaskan daya kreatif dalaman kita dengan sentiasa berusaha bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat dan lebih baik. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan, dan tiada matlamat yang tidak dapat dicapai, dengan menggunakan kuasa minda diri sendiri yang mengagumkan.

PRINSIP 7: HASIL MENENTUKAN GANJARAN
Tumpukan perhatian sepenuhnya bagi mendapatkan hasil terpenting dalam perkara yang kita lakukan. Gunakan masa kita yang paling berharga dengan sentiasa fokus pada tugasan highest-priority, setiap minit dan setiap hari.

PRINSIP 8: REBUTLAH PELUANG!
Pupuk tabiat diri yang berorientasikan tindakan, iaitu suatu kualiti penting untuk semua individu yang berjaya. Bertindaklah segera dengan menyibukkan diri dan bergerak pantas. Pupuk amalan bekerja dengan sikap ‘terdesak’. Sentiasa berusaha bagi mencapai matlamat diri.

PRINSIP 9: KEPERIBADIAN DIAMBIL KIRA
Jadilah individu yang berakhlak mulia. Semakin tinggi nilai-nilai murni dalam diri kita, dengan mengamalkan sikap berkualiti yang kita kagumi dan hormati, maka semakin berkualiti hidup kita di alam realiti.

PRINSIP 10: BERUNTUNGLAH ORANG YANG BERANI
Beranikan diri bagi memulakan langkah, dan terus tabah meneruskan perjuangan. Tekadkan diri sejak awal, bahawa kita tidak akan berputus asa.  

Apabila kita menggabungkan semua faktor ini bersama, kita dapat menjadi individu yang cemerlang dari aspek sikap, akhlak, ibadah, pelajaran, kerjaya, sosial dan dalam segala aspek kehidupan kita. Kita dapat mencapai matlamat yang ditetapkan oleh diri sendiri.

Di kemudian hari nanti, apabila orang menggelar kita sebagai bertuah, kita hanya mampu tersenyum dengan rendah diri, dan mengiakan sahaja yang kita memang bernasib baik. Namun kita lebih mengetahui dalam hati, semua itu tiada kaitan dengan tuah. Semuanya adalah kerana usaha, sanggup berkorban dan berubah!

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]