BAITI JANNATI 2.0

BAITI JANNATI 2.0

Khamis, 12/4/2018 - Exco Perumahan & Kebajikan di bawah anjuran MTPANSM telah mengadakan program Baiti Jannati 2.0 yang merupakan program Kedua semester kali ini untuk program Baiti Jannati.
Untuk kali ini, Exco perumahan menfokuskan pada bahagian tandas dan bilik tidur.
Ahli RNSK diberi masa selama seminggu bermula 7 hingga 11 April 2018 untuk membersihkan dan menceriakan bahagian yang telah ditetapkan.
Kawasan yang diambil kira dari segi kebersihan iaitu lantai, tingkap, beranda dan sawang. Dari segi kekemasan pula merangkumi carta organisasi, susunan barang dan deko rumah.
Juri- juri terdiri daripada pegawai rumah Negeri Sembilan, Ustaz Ibrahim bin Noor Azam bersama saudara Firdaus, saudara Hazim , saudari Aisyah dan saudari Adillah
Berikut adalah pemenang Baiti Jaannati 2.0:
Ikhwah:
1) 6A – 72.86%
2) 8 – 62.12%
3) 7B - 60.48%
Akhawat:
1) 3B – 71.79%
2) 4A – 70.79%
3) 5B – 67.16%
Tahniah diucapkan kepada pemenang . Untuk *PEMENANG KESELURUHAN* akan diumumkan kemudian.
Terima kasih diucapkan kepada ahli RNSK kerana telah menjayakan program Baiti Jannati 2.0 untuk sesi 17/18
Akhir kalam, semoga kita dapat menjaga kebersihan dan keselamatan RNSK secara berterusan untuk keselesaan kepada semua penghuni.
"Beriman, berilmu, beramal"
Yang menjalankan tugas,
Exco Perumahan & Kebajikan 17/18


Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]