Lilin Kehidupan



Seorang budak lelaki mencari sebatang lilin untuk menerangi malam yang dingin disebabkan litar pintas. Setelah beberapa seketika mencari lilin itu, akhirnya dia menjumpai lilin yang dicarinya. Lalu, dia mengambil sebatang mancis untuk menyalakan api pada lilin tersebut. Dia sungguh gembira kerana malam kelam itu diterangi semula dengan cahaya lilin yang dinyalakan. Budak lelaki itu terus melakukan kerja hariannya dalam keadaan gembira kerana dapat diterangi cahaya semula. Akan tetapi, jangka hayat lilin itu hanya seketika. Setelah beberapa jam, lilin itu semakin cair dan akhirnya cahaya yang menerangi malam itu terpadam. Lilin itu dibuang setelah budak lelaki itu terus menyalakn lilin yang lain untuk menerangi malam yang kelam.

Diri kita diibaratkan seperti lilin tersebut. Hakikatnya, kita hanya diperlukan sekiranya memberi manfaat kepada orang lain. Akan tetapi, setelah kita menerangi kehidupan orang lain dengan membuat mereka gembira, kita akan dipinggirkan dan tidak dihargai lagi setelah kita tidak memberi manfaat kepada mereka lagi. Inilah realiti yang perlu kita terima dalam menjalani suka duka kehidupan. Kita sepatutnya tidak mengharap sesuatu balasan dalam memberi khidmat dan bantuan untuk mengembirakan orang lain. Jika dalam hati kita terlintas niat untuk membuat sesuatu untuk mendapatkan balasan, maka berakhirlah semua usaha kita dengan penuh kekecewaan dan putus asa disebakan jasa kita tidak dihargai.

Rasulullah telah berpesan “ Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan setiap orang akan mendapatkan  apa yang diniatkannya”.

Niat yang ikhlas terhadap Allah akan menghapuskan rasa kekecewaan apabila kita tidak dihargai. Amalan kita juga tidak sia-sia disebabkan kita membantu orang lain kerana Allah. Perbaharuilah niat kita supaya kita terus kuat dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan ujian dan pancaroba. Cukuplah amalan yang kita lakukan dengan ikhlas diterima di sisi Allah kerana manusia tidak dapat melihat keikhlasan yang terdapat dalam hati kita. Maka, jadilah sebatang lilin yang ikhlas!!!!

Oleh : Dauz     

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]