USTAZAH, APA YANG SAYA PERLU TAHU TENTANG FIQH?




Pengertian fiqh :       

Fiqh menurut bahasa ialah pemahaman yang mendalam.

Daripada hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad ibn Hanbal, Tirmidzi dan Ibn Majah sebagai berikut

من يريد الله خيرا يفقهه في الدين.

“Jika Allah menginginkan suatu kebaikan begi seseorang, Dia akan memberikan suatu pemahaman keagamaan (yang mendalam) kepadanya.”

Seterusnya pegertian fiqh menurut istilah terbahagi kepada dua.



           Pertama, fiqh bermaksud pengetahuan mengenai hukum-hukum syari’at yang berkaitan dengan perbuatan dan perkataan mukallaf (mereka yang sudah terbebani menjalankan syari’at agama), yang diambil dalil-dalilnya yang bersifat terperinci .

           Kedua, fiqh bermaksud hukum-hukum syari’at, iaitu hukum apa-apa sahaja yang terkandung dalam solat, zakat, puasa, haji dan lain-lain berupa syarat-syarat, rukun-rukun, kewajiban-kewajiban atau sunnah-sunnahnya.



Pembahagian fiqh :

Fiqh ibadat : Hukum yang berkaitan dengan ibadat kepada Allah seperti wudhu, solat, puasa, haji dan seumpamanya.


Fiqh al ahwal as sakhsiyah : Hukum yang berkaitan dengan masalah kekeluargaan seperti pernikahan, talaq, nasab, persusuan, nafkah, warisan dan yang lainnya.


Fiqh muamalah : Hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia seperti jual beli, jaminan, sewa menyewa, pengadilan dan yang lainnya.


Fiqh siasah syar’iyyah : Hukum yang berkaitan dengan kewajipan pemimpin seperti menegakkan keadilan, membanteras kezaliman dan menerapkan hukum-hukum syari’at dan sebagainya.


Fiqh al’uqubat : Hukum yang berkaitan dengan hukuman tehadap pelaku-pelaku kejahatan, serta penjagaan keamanan dan ketertiban seperti hukuman terhadap pencuri, pembunuh, pemabuk dan lain-lain.


Fiqh as siyar : Hukum yang mengatur hubungan negeri Islam dengan negeri lainnya yang berkaitan dengan pembahasan tentang perang atau damai dan lainnya.


Fiqh akhlak atau adab : Hukum yang berkaitan dengan akhlak dan prilaku yang baik mahupun yang buruk.


Sumber-sumber fiqh :

        *Al Quran
          *As Sunnah (berfungsi sebagai penjelas Al Quran daripada apa-apa yang bersifat global dan umum)  Ijma’(kesepakatan ulama’)

   Qiyas (menyesuaikan perkara yang tidak didapati dalam hukum syar’i dengan perkara lain yang mempunyai nas yang sehukum dengannya disebabkan oleh persamaan sebab atau alasan antara keduannya)


Keutamaan ilmu fiqh :

·      Tafaquh fid-dien (memperdalam pemahaman agama) adalah perintah dan hukumnya wajib.

طلب العلم فريضة على كل مسلم

“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” (HR.Ibn Majah)


·      Faham mengenai ilmu fiqh adalah nikmat yang agung dan tanda bertambahnya kebaikan. Fiqh bersumber dari Al Quran dan As Sunnah adalah penjaga dari penyimpang kesesatan.

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

“Barangsiapa yang beramal dalam urusan kami ini apa-apa yang bukan daripadanya maka dia tertolak” (mutafaqqun ‘alaih)


·      Ahli fiqh dan orang yang mempelajarinya adalah orang yang memiliki darjat yang tinggi.

يرفع الله الذين امنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات والله بما تعملون خبير

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat” (Al-Mujadalah : 11)


·      Orang yang memahami ilmu syari’at adalah orang yang dekat kepada taufiq dan hidayah Allah.


·      Tidak memahami syariah dan khususnya fiqh akan menimbulkan perpecahan dan menghilangkan kekuatan umat.



Zukhirni Mohtar


Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]