KEJATUHAN KHILAFAH & KEMUNCULAN ULAMA SEKULAR
Beliau memulakan karier politik kepartian
dengan menjadi Naib Ketua Parti Ummah di Mesir seawal tahun 1907 dibawah
seliaan Lord Cromer yang merupakan pegawai besar British ke Mesir 1877-1907.
Dari situ terlihat jelas hubungan Ali Abdul Raziq dengan British. Dr. Yusuf
al-Qaradhawi membidas Ali Abdul Raziq dengan ungkapannya;
“Penulis buku tersebut telah mendakwa
satu dakwaan yang tidak pernah diungkap oleh sesiapa sepanjang sejarah Islam.
Kononnya Islam merupakan agama, bukan Negara. Islam hanyalah risalah kerohanian
semata-mata. Bahkan Muhammad SAW tidak diutuskan untuk membina Negara”
Buku tersebut disanggah oleh Syeikh
Muhammad Bakhit al-Muti’iy dengan kitabnya berjudul ‘Haqiqat al-Islam Wa Usul
al-Hukmi’ ( Hakikat Islam & Asas Hukum).
Selepas dari itu muncul pula Khalid
Muhammad Khalid menulis buku ‘Min Huna Nabda’ ( Dari Sini Kita Bermula ) yang
turut melampirkan konten berpemikiran sekular. Usaha tersebut ditentang keras
oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali dengan kitabnya ‘ Min Huna Na’lam’ ( Dari Sini
Kita Tahu).
Akhirnya Khalid Muhammad Khalid
mengisytiharkan taubatnya di dalam akhbar ‘al-Akhbar al-Qahiriyyah’ Mesir;
“ Ingin saya nyatakan di sini bahawa
saya dahulunya terkesan dengan gambaran pemerintahan gereja Eropah di zaman
gelap. Saya terlupa bahawa ketika zaman kegelapan Barat, Islam berada di posisi
kontra. Islam telah mempunyai segala fasiliti bagi sebuah Negara lengkap. Ajaran
Islam sama sekali tidak mungkin memisahkan agama dari urusan Negara melainkan
di sana boleh diwujudkan satu kemungkinan mengasingkan agama dari agama...”
Jika dilihat sejarah pengukuhan pemikiran sekular
di kalangan masyarakat Islam, antara watak awal yang muncul adalah kalangan
ilmuan-ilmuan Islam yang naïf dan menjadi alat musuh.
Maka tidak pelik pada hari ini terkadang
didapati dalam kalangan ilmuan berlatar belakang pendidkan Islam boleh menerima
konsep sekular sebagai satu logik beragama. Kitaran pertarungan itu akan terus
berterusan.
Comments
Post a Comment