LAPORAN PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MTPANSM 2015/2016

LAPORAN PROGRAM ZIARAH MAHABBAH SESI 2015/2016

17 MAC 2016 - Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan (MTPANSM) di bawah unit Exco Kebajikan (EKEJ) telah mengadakan program ziarah mahabbah ke rumah pasangan-pasangan mutazawwijin dan juga ke rumah pelajar perubatan akhowat yang menetap di sekitar Hayyu Thamin dan Abbasiyah.
                Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai persaudaraan antara pelajar Negeri Sembilan yang berada di sekitar Kaherah.
                Program ziarah mahabbah ini terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama diketuai oleh saudara Yusri Ashraf Bin Norizan telah menziarahi pasangan mutazawwijin Ust Fakhrur Razi Bin Mohd Yunos dan Pn. Annimah Binti Abu Rijal yang menetap di Hayyu Thamin. Manakala kumpulan kedua yang diketuai oleh Muhammad Firdaus Bin Ramlan merangkap Pengerusi MTPANSM telah menziarahi Dr. Kamil dan pasangannya, Dr. Sheila Fatin serta menziarahi pelajar perubatan akhowat yang berada di sekitar Abbasiyah.         
                               
Kumpulan 1 (En. Fakhrur Razi dan Pn. Annimah)
Ketua : Yusri Ashraf Bin Norizan
Wakil ikhwah :
o   Mohd Firdaus Bin Amin
o   Khairul Anuar Bin Abdul Khalid
o   Mohd Ghazalli Bin Abdol Malik
Wakil akhwat :
o   Siti Khadijah Binti Azmin
o   Siti Ramizah Binti Ramlan
o   Siti Athirah Binti Abdul Rahim
o   Zukhirni Binti Mohtar

Kumpulan pertama telah menziarahi  pasangan mutazawwijin yang baru sahaja menimang cahaya mata  mereka pada 22 Februari yang lalu iaitu pasangan En. Fakhrur Razi dan isteri, Pn. Annimah. Alhamdulillah, Muhammad Wildan yang dilahirkan seberat 2.3 kg kini semakin bertambah sihat. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan kami. Kami berasa terharu dia atas layanan mesra yang diberikan.





Penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh wakil exco MTPANSM, saudara Yusri Ashraf Bin Norizan kepada Ustaz Fakhrur Razi Bin Yunos kerana sudi menerima kunjungan kami.

Kumpulan 2 (Dr. Kamil dan isteri serta pelajar medik Abbasiyah)
Ketua : Muhammad Firdaus Bin Ramlan
Wakil ikhwah :
o   Mohd Firdaus Bin Amin
o   Mohd Fikri Bin Kamaruddin
o   Zikri Bin Azhari
Wakil Akhwat :
o   Siti Ramizah Binti Ramlan
o   Siti Athirah Binti Abdul Rahim
o   Khairul Barriyah Binti Zulfakar

Kumpulan kedua telah menziarahi dua buah rumah di Abbasiyah iaitu rumah pasangan yang baru juga bergelar ibu bapa kepada Kauthar Az-Zahra’, iaitu  pasangan Dr Kamil dan Pn. Sheila Fatin. Kami berharap Kauthar dapat membesar sebagai anak solehah yang menjadi penyejuk mata ibu bapanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan kami. Kami berasa terharu dia atas layanan mesra yang diberikan.

Penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh pengerusi MTPANSM, saudara Mohd Firdaus Bin Ramlan kepada Dr. Kamil kerana sudi menerima kunjungan kami.

                Setelah kami berkunjung ke rumah Dr. Kamil dan pasangan, kami telah meneruskan perjalanan kami ke rumah pelajar medik akhwat di Abbasiyah. Kunjungan kami disambut dengan mesra dan kami telah dijamu dengan pelbagai hidangan enak yang dimasak sendiri oleh mereka. Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan dari pihak kami. Kami berasa sangat terharu atas layanan mesra yang diberikan.


Penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh wakil exco MTPANSM, saudari Siti Athirah Binti Abdul Rahim kepada wakil pelajar medik akhwat Abbasiyah, saudari Effa Fatiha Binti Mohd Pilus kerana sudi menerima kunjungan kami.



Alhamdulillah, kami berharap agar program yang dijalankan ini dapat  mencapai objektifnya. Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi ukhwah diantara Ahli Jawatankuasa Tadbir MTPANSM bersama ahli yang berada di Kaherah khususnya. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung amatlah dihargai. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

“Berilmu, Beriman, Beramal”

Disediakan oleh,
KHAIRUL BARRIYAH BINTI ZULFAKAR
Setiausaha Exco Kebajikan (EKEJ)
Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM)

Sesi 2015/2016

Comments

Popular posts from this blog

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) SESI 2016/2017

Insan Bernama Muhammad