Kursus Adobe Photoshop Fasa 1



Jumaat, 25 Disember 2015- Exco Teknikal, ICT dan Promosi (ETECH) telah mengadakan Kursus. Adobe Photoshop untuk setiap ahli ETECH, dan semua ajk promosi setiap unit serta exco-exco yang berminat untuk menyertai. Seramai 25 orang pelajar telah berdaftar dan menyertai kursus ini. Kursus ini telah diadakan sebagai langkah awal untuk mendedahkan para exco dan ahli jawatankuasa promosi mereka berkenaan cara menyediakan iklan atau poster yang akan dijadikan bahan hebahan di media sosial seperti Facebook. Selain itu, kusus ini juga bertujuan memberikan pengetahuan berkenaan gerak kerja sinergi antara AJK promosi dan ETECH dalam menyediakan dan menghebahkan sebarang iklan atau promosi daripada unit masing- masing. Seterusnya, kursus ini juga diadakan untuk membentangkan tatacara dan pengurusan untuk menerbitkan iklan atau promosi ke media sosial.





Ustaz Ahmad Hazim bin Abdul Mutalib sedang memberikan penjelasan mengenai Adobe Photoshop CS6.




          Pada jam 3 petang semua peserta telah berkumpul di Dewan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani. Para peserta diajarkan mengenai pengunaan asas Adobe Photoshop CS6 oleh Ustaz Ahmad Hazim bin Abdul Mutalib. Selain itu, peserta juga telah diajarkan cara-cara pembikinan poster yang menarik dan betul. Kursus ini berlangsung selama 2 jam dan berakhir pada jam 5 petang. Kursus berakhir dengan sedikit jamuan untuk para peserta.





Ustaz Ahmad Hazim bin Abdul Mutalib sedang menunjukkan cara-cara membuat poster.




          Semoga kursus ini dapat mencapai segala objektif dan matlamat yang dicita. Sesungguhnya, segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak amatlah dihargai dalam menjayakan khursus ini. Alhamdulillah kursus ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan kursus yang bermanfaat seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.





Disediakan oleh,


NUR SAADAH BINTI SOLEHAN


Setiausaha,


Exco Teknikal, ICT dan Promosi (ETECH)


Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM)


Sesi 2015/2016


Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki