Laporan Majlis Ramah Mesra YB Khairy Jamaluddin ke Mesir

LAPORAN UMUM MAJLIS RAMAH  MESRA YB KHAIRY JAMALUDDIN

Tarikh: 4 Mac 2016
Anjuran: Ahli Jawatankuasa Tadbir, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir.

    Bersempena Lawatan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamaluddin ke Mesir, beliau dengan rela hati melawat anak-anak Negeri Sembilan di bumi kinanah ini bagi melihat sendiri keadaan anak-anak Negeri Sembilan yang masih belajar disini.

    Pertemuan yang ringkas ini diadakan di Dewan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dan disertai lebih dari 100 orang mahasiswa-mahasiswi Negeri Sembilan di bumi Mesir.




    YB Khairy tiba di perkarangan RNSK pada pukul 10.30 am dengan menaiki kereta Mercedes S-Class yang disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir. Beliau bersama 6 orang delegasi disambut dengan alunan qasidah yang dimainkan sejurus beliau keluar dari kereta.

    Tetamu kemudiannya menandatangani buku pelawat sebelum memasuki dewan bagi aktiviti ramah mesra bersama pelajar. Sebaik sahaja menandatangani buku tersebut, Yb Khairy bersama delegasi diiring ke dewan bagi aktiviti seterusnya. Semua pelajar berdiri sebaik sahaja tetamu melangkah masuk ke dalam dewan.


Bergambar bersama Mahasiswa Negeri Sembilan Mesir

Bergambar bersama Mahasiswi Negeri Sembilan Mesir

     Dalam ucapan YB Khairy, beliau banyak memberikan nasihat kepada mahasiswa-mahasiwi Negeri Sembilan yang sedang mengejar kejayaan dalam bidang yang sedang dipelajari. Beliau juga menjawab 3 soalan yang diajukan kepada beliau. Yb Khairy juga berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa wang tunai kepada MTPANSM.

    Setelah penyampaian cenderahati, YB Khairy melawat rumah pelajar. Setelah melawat rumah pelajar beliau melawat dapur dan kawasan halaman belakang RNSK.

       Setelah itu, YB Khariy dan delegasi dibawa ke bilik mesyuarat bagi menikmati juadah tengah hari yang disediakan oleh anak-anak Negeri Sembilan sendiri.

   Sebelum pulang, Pengerusi MTPANSM sempat memohon beberapa perkara dan sumbangan daripada YB Khairy yang difikirkan perlu dan munasabah untuk diminta oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir MTPANSM. Para delegasi diberikan sedikit cenderahati untuk dibawa pulang bersama.

     Sesungguhnya program yang tamat pada pukul 12.00 tengah hari seperti ini amat penting dan bermanfaat kepada mahasiswa kerana dapat memberikan ruang kepada mahasiswa dalam menyampaikan masalah-masalah yang terpaksa ditanggung selama ini. Dalam masa yang sama juga, para mahasiswa juga dapat mendapat peluang dan menanmbah pengalaman mengenai tatacara atau protokol untuk menyambut tetamu kenamaan. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

YUSRI ASHRAF NORIZAN
Setiausaha
Majlis Ramah Mesra YB Khairy Jamaluddin


Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

Majlis Bacaan Musalsal bersama Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki