GRAND TANZEEF 2
LAPORAN GRAND
TANZEEF 2 RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH
27 Mac 2015, Jumaat – Exco Perumahan, Majlis
Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan mengadakan satu program yang
dinamakan Grand Tanzeef. Program ini diadakan secara berkala. Ianya bertujuan membersihkan
halaman Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Selain itu, para mahasiswa dan mahasiswi
Negeri Sembilan dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina.
Program ini bermula dengan ketibaan mahasiswa mahasiswi di
dataran rumah negeri pada pukul 7.30 pagi. Setelah itu, ianya dibuka dengan
bacaan doa yang dialunkan oleh saudara Muhammad Zaid bin Shamsul Kamar.
Kemudian, program diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Abdul
Hamid bin Jaman, Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan Timur Tengah.
Beliau membuka ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa
dan mahasiswi yang dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Selain
itu, beliau juga menceritan kelebihan menjaga kebersihan pada diri dan kawasan
persekitaran.
Selepas itu, saudara Muhammad Zuhailie bin Mohd Dzhahid
selaku Exco Perumahan menyampaikan taklimat dan pembahagian tugas membersihkan
kawasan kepada mahasiswa mahasiswi yang hadir. Pembahagian tugasan adalah
seperti berikut:
- Rumah 3a dan 7b: membersihkan bahagian dalaman rumah. Ianya merangkumi kawasan tangga, rak kasut, lobi dan lif.
- Rumah 6a dan 8: membersihkan bahagian luar rumah yang meliputi perkarangan rumah dan kawasan dapur.
- Rumah 6b dan 7a: membersihkan kawasan pejabat, bilik mesyuarat, bilik Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan dan galeri.
- Mahasiswi: Membersihkan musolla dan membasuh bunga serta peralatan rumah negeri.
Selepas proses pembersihan, mahasiswa dan mahasiswi
dihidangkan dengan jamuan yang amat menyelerakan yang disediakan oleh unit
memasak mahasiswa Negeri Sembilan. Mahasiswa dan mahasiswi menikmati juadah
yang dihidangkan dengan penuh selera sambal bertukar-tukar cerita untuk
merapatkan lagi ukhuwah. Kemudian, program berakhir setelah mahasiswa dan
mahasiswi selesai menikmati juadah.
Disediakan oleh,
IZZAT
QIWAMUDDIN BIN HUZAIZI
Wakil,
Bahagian
Perumahan,
Majlis
Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir,
Sesi
2014/2015.
ركن الأصالة
ReplyDeleteركن الأصالة
ركن الأصالة
ركن الأصالة
ركن الأصالة
ركن الأصالة
ركن الأصالة
شركة تنظيف بجدة
شركة تنظيف منازل بجدة
شركة تنظيف بمكة
شركة تنظيف منازل بمكة