ZIARAH MAKAM

LAPORAN ZIARAH MAKAM

Pada hari Sabtu, 31 Januari 2015 yang lalu bersamaan 11 Rabi’ul Akhir 1436 Hijrah, Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/15 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan telah menganjurkan ziarah makam di sekitar Kaherah. Anak-anak  Negeri Sembilan Kaherah Mesir seramai 45 orang dan 4 buah tremco serta 1 tremco rombongan dari Malaysia telah menyertai program ini.

                Tujuan ziarah makam ini diadakan adalah untuk mengenali ulama’ dan auliyaa’ terdahulu serta menambahkan lagi rasa cinta terhadap mereka. Selain itu, program ini juga dapat saling mengeratkan silaturrahim antara ahli.

                Ziarah bermula pada jam 9 pagi dan dikondusikan oleh Saudara Hafiz bin Zainal Abidin, Kuliah Tahun 4, Lughah, Universiti Azhar. Sebanyak  10 makam utama telah diziarahi antaranya ialah Maqam Imam Muhammad bin Idris As-Syafie, Maqam Imam Ibnu ‘Athoillah Al-Askandariy, dan Maqam Sayyid Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari .


                Semasa ziarah tersebut, kami telah melaksanakan solat Zohor di Masjid Al-Sayeda Nafeesa dan solat Asar di Masjid Imam Ibnu ‘Athoillah Al-Askandariy. Kami juga sempat makan tengah hari di Masjid Imam Lais.
                Kira-kira jam 5.00 petang ziarah ini telah pun selesai dan kami pulang ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah dengan selamat. Terima kasih diucapkan kepada AJK Unit Dakwah dan Tarbiah dan para peserta yang memberikan komitment dan kerjasama sepanjang hari tersebut. InsyaAllah ziarah makam seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.



Disediakan oleh,

Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/2015

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]