PROGRAM TUKAR SELEGHO


            LAPORAN PROGRAM TUKAR SELEGHO
       Pada 12 Mac 2015 yang lalu, Exco Perumahan RNSK telah menganjurkan program "Tukar Selegho" diantara kampung-kampung yang terdapat dalam Rumah Negeri Sembilan Kaherah ini. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama kampung disamping mencungkil bakat-bakat memasak yang terpendam dalam diri ahli-ahli dari setiap kampung.


       Pertukaran juadah ini dilakukan secara undi. Ketua kampung akan mencabut undi untuk mengetahui kampung yang akan ditukar juadahnya. Setiap kampung dikehendaki menyiapkan apa-apa juadah yang bernilai LE 50, dan pertukaran dilakukan pada jam 5.00 ptg. Antara kampung-kampung tukar juadah  ialah:
Kg Ulu Sepri /Kg Jiboi →Kg Kendong
Kg Kendong→ Kg LBJ
Kg Sri Pilah→Kg Lonek
Kg Serting→Kg Sri Asahan
Kg LBJ →Kg Ibol
Kg Sri Asahan→Kg Pelangai
Kg Ibol→Kg Ulu Sepri/Kg Jiboi
Kg Lonek→Lg Londah
Kg Kurnia Diraja→Kg Serting
Kg Londah→Kg Sri Pilah
Kg Pelangai→Kg Kurnia Diraja




     Komitmen yang diberikan sangat memberangsangkan oleh setiap kampung dan alhamdulillah program ini telah berjalan dengan jayanya. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Insyaallah.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARTA ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PENGURUSAN ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN MESIR (MTPANSM) SESI 2016/2017

[ZIARAH MAHABBAH ]