MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM BERSEMPENA IMTIHAN

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH UMUM BERSEMPENA IMTIHAN (BIAH SOLEHAH)


Cairo, 25 Disember, Khamis – Unit Dakwah dan Tarbiah 2014/2015 telah menganjurkan majlis  bacaan yaasin dan tazkirah umum bagi menghadapi imtihan yang bakal tiba tidak lama lagi. Majlis bermula setelah selesai solat maghrib berjemaah bertempat di Dewan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
                Majlis bacaan yasin dipimpin oleh Ustaz Izzat Qiwamuddin bin Huzaizi. Rintihan doa dipanjatkan agar diberikan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, juga semoga urusan imtihan berjalan dengan lancar dan mudah sehingga ke penghujumgnya. Di samping itu, majlis bacaan yasin ini juga bertujuan untuk mendoakan mangsa banjir di Malaysia agar mereka sentiasa kuat dalam diuji dengan cubaan yang berat ini.
                Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan kalam taujihat dari Ustazah Siti Aisyah binti Mazlan mengenai biah solehah. Tazkirah ringkas ini memberi peringatan tentang ukhwah islamiah dalam kalangan ahli  serta bagi menghidupkan lagi nilai Islam dalam diri setiap ahli.

                Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr. Majlis berakhir sekitar jam 6.30 malam.


Unit Dakwah dan Tarbiah,

MTPANSM sesi 2014/2015.

Comments

Popular posts from this blog

KUNJUNGAN RASMI DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)

*[MAKLUMAN PENANGGUHAN KELAS TAFAQQUH FIDDIN]*

[ZIARAH MAHABBAH ]