KUNJUNGAN RASMI DELEGASI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & YAYASAN SOFA KE RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH (RNSK)
LAPORAN KUNJUNGAN
RASMI
DELEGASI
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) & YAYASAN SOFA KE
RUMAH NEGERI
SEMBILAN KAHERAH (RNSK)
08 Februari 2015, Ahad – Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) telah
menerima kunjungan rasmi delegasi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
dan Yayasan Sofa selama 3 hari 2 malam. Pihak delegasi tersebut diwakili oleh Ustaz
Omar Mukhtar bin Yunus, Setiausaha Jabatan Aqidah dan Dakwah MAINS, Ustaz
Solahuddin bin Azraie, Pengarah Akademik Kolej Islam As-Sofa, dan Ustaz Sufi
bin Ibrahim, Ketua Eksekutif Kolej Islam As-Sofa. Kunjungan rasmi ini adalah
rentetan daripada lawatan kerja mereka di Maghribi bagi penghantaran pelajar
tajaan MAINS dan pertemuan rasmi bersama Kementerian Pengajian Tinggi di
Maghribi.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengadakan
pertemuan ramah mesra di antara pihak delegasi bersama anak-anak Negeri
Sembilan di Mesir. Justeru, Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri
Sembilan (MTPANSM) telah bersetuju untuk menerima kedatangan mereka dan
menyokong aktiviti yang telah disusun atur oleh pihak delegasi di RNSK.

Pada keesokan harinya bersamaan dengan tarikh 09
Februari, wakil MAINS merangkap tenaga kerja Sekretariat Mahasiswa/wi Timur
Tengah (SMATT), Ustaz Omar Mukhtar bin Yunus telah mengadakan pertemuan rasmi
bersama Pegawai Khas Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan Timur Tengah, Tuan
Abdul Hamid bin Jaman bagi membincangkan perkara-perkara khas berkaitan
kebajikan anak-anak Negeri Sembilan. Pertemuan selama 2 jam itu kemudiannya
disusuli dengan pertemuan seterusnya bersama seluruh barisan MTPANSM. Pertemuan
tersebut lebih terarah kepada lontaran cadangan, kritikan dan usaha tambah baik
di antara kedua-dua pihak pengurusan. Antara perkara yang sempat dirumuskan
adalah:
1.
Memohon kerjasama MTPANSM agar sentiasa memberi
komitmen bagi menjayakan kelangsungan akademik dan sahsiah anak-anak Negeri
Sembilan
2.
Memohon MTPANSM sentiasa memastikan potensi dan
kegiatan akademik semasa anak-anak Negeri Sembilan diatur dengan baik dan
dinilai dari semasa ke semasa
3.
Menekankan perihal nilai disiplin dalam kalangan
anak-anak Negeri Sembilan semasa tempoh pengajian di Mesir
4.
Meminta program-program ilmiah dah diskusi kitab
diperbanyakkan di RNSK bagi mendepani masyarakat pada masa akan datang
Seterusnya, Ustaz Omar Mukhtar dan Tuan Haji Abdul
Hamid juga berjaya mengadakan pertemuan rasmi bersama kakitangan Kedutaan Besar
Malaysia Kaherah (KBMK) di Mohandiseen untuk menyelesaikan permasalahan isu
pembaharuan lesen kenderaan rasmi RNSK dan beberapa perkara yang berkaitan
dengan hal ehwal kebajikan anak-anak Negeri Sembilan.

Pada jam 9.00 malam, program dilanjutkan dengan
majlis ramah mesra di antara Ustaz Omar Mukhtar bersama anak-anak negeri bagi
menyampaikan amanat khas dari Setiausaha Mains, Tuan Kamal Amran bin Kamarudin.
Antaranya:
1.
Pihak MAINS dan Yayasan Sofa telah berjaya
mendapat kesepakatan hasil rundingan bersama Kementerian Pengajian Tinggi
Maghribi untuk tawaran kuota sebanyak 20 kerusi bagi pelajar Malaysia yang
ingin menyambung pengajian di Maghribi.
2.
MAINS bersetuju untuk menawarkan tajaan dan
penghantaran pelajar ke Maghribi.
3.
MAINS sentiasa menyokong dan menggalakkan usaha
anak-anak Negeri Sembilan yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi.
4.
Sekiranya berkesempatan, Menteri Besar Negeri
Sembilan akan mengadakan lawatan kerja ke Mesir, Jordan dan Maghribi sekitar awal
April 2015.
5.
Mana-mana lepasan Timur Tengah yang ingin dilantik
sebagai penceramah atau tenaga pengajar di Negeri Sembilan perlu melepasi
prosuder tauliah seperti yang ditetapkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Pada 10 Februari, pihak delegasi selamat pulang ke
tanah air pada jam 3.00 petang. Pihak MTPANSM berbesar hati kerana berjaya
mengendalikan program tersebut dengan sebaiknya. Adalah diharapkan agar segala
nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh pihak delegasi dimanfaatkan
sebaiknya oleh anak-anak Negeri Sembilan.
Disediakan oleh,
MUHAMMAD AL-GHAZALLI BIN ABDOL MALEK
Setiausaha Agung,
Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir,
Sesi 2014/2015.
Assalamualaikum wbt. Seorang lelaki asnaf fakir miskin berasal dari Melaka berumur 44 tahun sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.
ReplyDelete