Laporan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016
Laporan Program
Sambutan Mahasiswa/wi Baharu 2015/2016
7-10 Oktober 2015 -
Exco Kesenian, Kebudayaan dan Sukan MTPANSM telah menganjurkan Program Sambutan Mahasiswa/wi Baharu
2015/2016. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi ilmuan yang terarah,
bermotivasi, berdaya saing dan bertanggungjawab dengan mengadakan slot-slot
motivasi dan sebagainya. Selain itu,
program ini juga betujuan untuk memberikan pendedahan tentang suasana pembelajaran, kehidupan berpersatuan dan suasana hidup di bumi Mesir supaya
mahasiswa/wi baharu bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan suasana di
ardul kinanah ini. Seterusnya, program ini diadakan bagi mengeratkan ukhwah
antara pelajar baharu dengan pelajar-pelajar
lama khususnya pelajar-pelajar Negeri Sembilan yang berada di bumi Mesir ini.
7 Oktober 2015, Rabu.
Seramai
8 orang pelajar tajaan MAINS telah tiba di Lapangan Terbang Kaherah yang
terdiri daripada 7 orang pelajar perubatan dan seorang pelajar transit Morocco.
Pada pukul 7 pagi, mereka sampai di RNSK dan disambut dengan meriah oleh
penghuni RNSK. Kemudian mereka telah diberi taklimat ringkas oleh pengarah PSMB
iaitu Syafiq Khaled bin Muhamad.

Pada
jam 3.30 petang peserta dibawa untuk membeli sim-card di Mobinil. Pada jam 8.30 malam semua penghuni RNSK disajikan
dengan ceramah Wacana Pembuka Minda oleh Ustaz Hairul Nizam bin Mat Hussain.
8 Oktober 2015, Khamis.
Pada pukul 3.30 petang, aktiviti sukaneka telah
diadakan. Antaranya ialah permainan bola sepak dan explorace membeli makanan yang berhampiran dengan RNSK. Pada
sebelah malamnya pula program diteruskan dengan slot Integrasi Kuliah yang
disampaikan oleh para senior setiap kuliah antaranya kuliah qiraat, ulum
islamiah dan perubatan.
9 Oktober 2015,
Jumaat.
Pada
jam 8.30 malam telah berlangsuung Majlis Penutupan PSMB 2015/2016. Majlis
dimulakan dengan bacaan doa dan quran oleh peserta. Majlis diteruskan dengan
ucapan daripada Tn Haji Abd Hamid
bin Jaman dan Pengarah PSMB. Seterusnya, penyampaian hadiah kepada setiap
peserta dan pemberian sijil kepada para AJK PSMB. Para pelajar juga telah disajikan dengan persembahan serta tayangan
video.
10 Oktober 2015, Sabtu.
Jaulah
makam di sekitar Kaherah telah diadakan. Seramai 40 orang telah menyertai
jaulah ini yang terdiri daripada peserta dan penghuni RNSK. Tiga tremco telah
disediakan dan sebanyak 21 makam telah diziarahi. Pada jam 4.30 petang, semua
pelajar telah selamat pulang di RNSK.
Comments
Post a Comment